Pengehadan MDM untuk komputer Mac
Anda boleh mengesetkan pengehadan untuk komputer Mac yang didaftarkan dalam penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM). Keadaan lalai untuk semua pengehadan yang disenaraikan di bawah adalah aktif melainkan istilah “Lalai adalah tidak aktif” berada dalam lajur Kefungsian Pengehadan.
Nota: Bukan semua pengehadan tersedia dalam penyelesaian MDM dan penyelesaian mempunyai keupayaan untuk menukar keadaan lalai untuk sebarang pengehadan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ketersediaan pengehadan MDM untuk peranti anda, rujuk dokumentasi vendor MDM anda.
Seting | Sistem pengendalian disokong minimum | Diselia | Kefungsian pengehadan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Paksa perencanaan pada peranti sahaja | macOS 14 | Tidak | Menghalang kandungan direncanakan daripada dihantar ke pelayan Siri untuk pemprosesan. Disokong pada komputer Mac dengan Apple silicon. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Ubah suai nama peranti | macOS 14 | Tidak | Pengguna tidak boleh menukar nama peranti seperti ditunjukkan dalam Seting > Umum > Perihal. | ||||||||
Ubah suai seting akaun | macOS 14 | Tidak | Pengguna tidak boleh mencipta akaun baharu atau menukar nama pengguna, kata laluan atau seting lain yang dikaitkan dengan akaun mereka. | ||||||||
Ubah suai cap jari Touch ID | macOS 14 | Tidak | Pengguna tidak boleh menambah atau mengeluarkan maklumat Touch ID sedia ada. | ||||||||
Siri | macOS 14 | Tidak | Siri tidak boleh digunakan. | ||||||||
Pengubahsuaian pengurusan Remote Desktop | macOS 14 | Tidak | Menghalang pengguna daripada mengubah suai seting pengurusan Remote Desktop. | ||||||||
Pengubahsuaian Perkongsian Fail | macOS 14 | Tidak | Menghalang pengguna daripada mengubah suai seting perkongsian fail. | ||||||||
Benarkan pengubahsuaian Bluetooth | macOS 14 | Tidak | Menghalang pengguna daripada mengubah suai seting Bluetooth®. | ||||||||
Pengubahsuaian perkongsian pencetak | macOS 14 | Tidak | Menghalang pengguna daripada mengubah suai seting perkongsian pencetak. | ||||||||
Benarkan pengubahsuaian perkongsian internet | macOS 14 | Tidak | Menghalang pengguna daripada mengubah suai seting perkongsian internet. | ||||||||
Pengubahsuaian peristiwa Apple Jauh | macOS 14 | Tidak | Menghalang pengguna daripada mengubah suai seting peristiwa Apple jauh. | ||||||||
Penciptaan akaun pengguna setempat | macOS 14 | Tidak | Menghalang pengguna dengan peranan pentadbir daripada mencipta pengguna baharu dalam Pengguna & Kumpulan. | ||||||||
Freeform dalam iCloud | macOS 14 | Tidak | Menghalang pengguna daripada menyimpan fail Freeform dalam iCloud. | ||||||||
Pengubahsuaian Cakera Permulaan | macOS 14 | Tidak | Menghalang pengguna daripada memilih cakera permulaan berbeza. | ||||||||
Sandaran Time Machine | macOS 14 | Tidak | Menghalang pengguna daripada menyediakan dan menggunakan sandaran Time Machine. | ||||||||
Kawalan Universal | macOS 13 | Tidak | Menghalang pengguna daripada menggunakan Kawalan Universal. | ||||||||
Pasang profil konfigurasi | macOS 13 | Tidak | Pengguna tidak boleh memasang profil konfigurasi dalam Seting Sistem secara manual. | ||||||||
Benarkan sambungan aksesori | macOS 13 | Tidak | Peranti sentiasa boleh bersambung ke aksesori khusus semasa dikunci. Membenarkan aksesori baharu bersambung tanpa kebenaran. Lihat Urus akses aksesori. | ||||||||
Keselamatan AirPlay | macOS 12.3 | Tidak | Pengguna tidak boleh menggunakan AirPlay untuk strim kandungan ke Mac. | ||||||||
Padam Semua Kandungan dan Seting | macOS 12.0.1 | Tidak | Pengguna tidak boleh memadamkan peranti mereka dan meresetnya ke lalai kilang. | ||||||||
Geganti Peribadi iCloud | macOS 12.0.1 | Tidak | Menghalang pengguna daripada mengaktifkan Geganti Peribadi iCloud. | ||||||||
Benarkan iklan diperibadikan yang disiarkan oleh Apple | macOS 12.0.1 | Tidak | Data pengguna tidak akan digunakan oleh platform pengiklanan Apple untuk menghantar iklan diperibadikan. | ||||||||
Kuat kuasakan tamat masa Face ID atau Touch ID | macOS 12.0.1 (Touch ID) | Tidak | Nilai, dalam saat, selepas biometrik membuka kunci memerlukan kata laluan untuk mengesahkan. Nilai lalai ialah 48 jam. | ||||||||
Tangkapan skrin dan rakaman skrin | macOS 11 | Tidak | Pengguna tidak boleh menyimpan tangkapan skrin atau rakaman skrin. | ||||||||
Handoff | macOS 10.15 | Tidak | Pengguna tidak boleh menggunakan Handoff dengan peranti Apple mereka. | ||||||||
Perkongsian skrin | macOS 10.14.4 | Tidak | Pengguna tidak boleh mendayakan perkongsian skrin. | ||||||||
AirPlay, Lihat Skrin mengikut Bilik Darjah dan perkongsian skrin | macOS 10.14.4 | Tidak | Guru yang menggunakan Bilik Darjah tidak boleh menggunakan AirPlay dengan skrin pelajar, melihat skrin pelajar, atau berkongsi skrin pelajar. | ||||||||
Bilik Darjah melaksanakan AirPlay dan Lihat Skrin tanpa menggesa | macOS 10.14.4 | Ya | Pelajar dalam kelas terurus tidak digesa apabila guru menggunakan AirPlay atau Lihat Skrin. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Bilik Darjah dapat memfokuskan pelajar pada app tunggal dan mengunci peranti tanpa menggesa | macOS 10.14.4 | Ya | Guru boleh mengunci app terbuka atau mengunci peranti tanpa menggesa pengguna terlebih dahulu. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Sertai kelas Bilik Darjah secara automatik tanpa menggesa | macOS 10.14.4 | Ya | Pelajar boleh menyertai kelas tanpa menggesa guru. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Perlukan keizinan guru untuk meninggalkan kelas yang dicipta oleh guru Bilik Darjah | macOS 10.14.4 | Ya | Pelajar mesti meminta keizinan sebelum mereka boleh meninggalkan kelas yang dicipta oleh guru. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Isi Auto Kata Laluan | macOS 10.14 | Tidak | Pengguna tidak boleh menggunakan Isi Auto Kata Laluan dan tiada gesaan ditunjukkan untuk memilih kata laluan disimpan daripada Rantai Kunci iCloud atau pengurus kata laluan pihak ketiga. | ||||||||
Isi Auto Kehampiran | macOS 10.14 | Tidak | Peranti pengguna tidak akan menunjukkan dirinya ke peranti berhampiran untuk kata laluan dengan menggunakan Isi Auto Kehampiran. Dalam iOS, iPadOS dan macOS, ciri ini hanya mengehadkan permintaan Kata Laluan Wi-Fi. | ||||||||
Kongsi kata laluan melalui AirDrop | macOS 10.14 | Tidak | Pengguna tidak boleh berkongsi kata laluan mereka melalui AirDrop. | ||||||||
Tangguh kemas kini perisian | macOS 11.3 | Tidak | Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Uji dan tangguh kemas kini perisian. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Ubah Suai Perencanaan | macOS 10.13 | Ya | Pengguna tidak boleh menggunakan perencanaan pada peranti mereka. | ||||||||
Cache kandungan | macOS 10.13 | Tidak | Cache kandungan tidak dibenarkan. | ||||||||
Penapis kata-kata cabul Siri | macOS 10.13 | Tidak | Penapis kata-kata cabul dalam Siri boleh dinyahdayakan. Lalai tidak aktif. | ||||||||
Ubah suai kata laluan | macOS 10.13 | Tidak | Pengguna tidak boleh menukar set kata laluan. | ||||||||
Isi Auto Safari | macOS 10.13 | Tidak | Safari tidak menjejaki perkara yang pengguna masukkan dalam borang web. | ||||||||
Hantar data diagnostik dan penggunaan ke Apple | macOS 10.13 | Tidak | Pengguna tidak boleh memilih untuk menghantar maklumat diagnostik kepada Apple. | ||||||||
Game Center | macOS 10.13 | Tidak | App Game Center dan ikonnya dikeluarkan. | ||||||||
Tambah rakan Game Center | macOS 10.13 | Tidak | Pengguna tidak boleh mencari atau menambah rakan dalam Game Center. | ||||||||
Permainan berbilang pemain | macOS 10.13 | Tidak | Pengguna tidak boleh bermain permainan berbilang pemain dalam Game Center. | ||||||||
AirDrop | macOS 10.13 | Tidak | Pengguna tidak boleh menggunakan AirDrop. | ||||||||
Pengguna membuka kunci Mac menggunakan Apple Watch | macOS 10.13 | Tidak | Pengguna tidak boleh membuka kunci Mac mereka dengan Apple Watch. | ||||||||
Ubah Suai Hias Latar | macOS 10.13 | Tidak | Pengguna tidak boleh mengubah suai hias latar untuk desktop. | ||||||||
Gunakan Touch ID untuk membuka kunci peranti | macOS 10.12.4 | Tidak | Pengguna mesti menggunakan kata laluan untuk membuka kunci peranti. | ||||||||
Foto iCloud | macOS 10.12 | Tidak | Pengguna tidak boleh menggunakan Foto iCloud mereka. | ||||||||
Apple Music | macOS 10.12 | Tidak | Pengguna tidak boleh menggunakan Apple Music. | ||||||||
iCloud Mail | macOS 10.12 | Tidak | Mail tidak dimuat naik ke iCloud. | ||||||||
Kenalan iCloud | macOS 10.12 | Tidak | Kenalan tidak dimuat naik ke iCloud. | ||||||||
Kalendar iCloud | macOS 10.12 | Tidak | Kalendar tidak dimuat naik ke iCloud. | ||||||||
Peringatan iCloud | macOS 10.12 | Tidak | Peringatan tidak dimuat naik ke iCloud. | ||||||||
Penanda Buku iCloud | macOS 10.12 | Tidak | Penanda buku Safari tidak dimuat naik ke iCloud. | ||||||||
Rantai Kunci iCloud | macOS 10.12 | Tidak | Rantai Kunci iCloud tidak boleh digunakan. | ||||||||
Takrif dan Rujuk | OS X 10.11 | Tidak | Pengguna tidak boleh Control-klik pilihan dan menggunakan Rujuk untuk mencari sebarang maklumat tentang pilihan. | ||||||||
Cadangan Siri | OS X 10.11 | Tidak | Semasa carian, Siri tidak boleh menawarkan cadangan untuk app, orang, lokasi dan banyak lagi. | ||||||||
Dokumen dan Data iCloud | OS X 10.11 | Tidak | Dokumen dan data tidak ditambahkan ke iCloud. | ||||||||
Penggunaan kamera | OS X 10.11 | Tidak | Kamera dinyahdayakan dan ikon Kamera dikeluarkan daripada Skrin Utama dalam iOS dan iPadOS. Pengguna tidak boleh mengambil fotografi atau video. | ||||||||
Adopsi app App Store | OS X 10.10 | Tidak | App iLife dan iWork yang dihantar dengan macOS tidak boleh diguna pakai oleh App Store. | ||||||||
Perlukan kata laluan pentadbir untuk memasang atau mengemas kini app | OS X 10.9 | Tidak | Kata laluan pentadbir diperlukan untuk kemas kini sebarang app. | ||||||||
Tunjukkan pada Desktop | OS X 10.7 | Tidak | Peranti storan dalaman Peranti storan luaran CD, DVD dan peranti iPod Pelayan disambung | ||||||||
Tunjukkan amaran sebelum kosongkan sampah | OS X 10.7 | Tidak | Benarkan atau nafikan | ||||||||
Sambung ke pelayan | OS X 10.7 | Tidak | Benarkan atau nafikan | ||||||||
Keluarkan | OS X 10.7 | Tidak | Benarkan atau nafikan | ||||||||
Bakar cakera | OS X 10.7 | Tidak | Benarkan atau nafikan | ||||||||
Pergi ke folder | OS X 10.7 | Tidak | Benarkan atau nafikan | ||||||||
Mula Semula | OS X 10.7 | Tidak | Benarkan atau nafikan | ||||||||
Tutup | OS X 10.7 | Tidak | Benarkan atau nafikan | ||||||||
Log keluar | OS X 10.7 | Tidak | Benarkan atau nafikan |