Konfigurasi pengisytiharan Exchange untuk peranti Apple
Gunakan konfigurasi Exchange untuk menyediakan akaun Exchange ActiveSync (EAS) dan Exchange Web Services (EWS) untuk pengguna anda.
Dalam iOS 14 dan iPadOS 14 atau lebih baharu, akaun Exchange dikonfigurasikan untuk perkhidmatan berasaskan awan OAuth dan Microsoft (seperti Office365 atau outlook.com) dinaik taraf secara automatik untuk menggunakan perkhidmatan pengesahan OAuth 2.0 Microsoft.
Konfigurasi Exchange menyokong yang berikut:
Sistem pengendalian dan saluran disokong minimum: iOS 15, iPadOS 15, pengguna iPad Dikongsi, pengguna macOS 13, visionOS 1.1.
Memerlukan penyeliaan: Tidak.
Jenis pendaftaran disokong: Pendaftaran Pengguna, Pendaftaran Peranti, Pendaftaran Peranti Diautomasikan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan dan ciri disokong, lihat Integrasikan peranti Apple dengan Microsoft Exchange.
Seting | Perihalan | Diperlukan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama akaun | Nama yang app tunjukkan kepada pengguna untuk akaun Exchange ini. Jika tidak wujud, sistem menjanakan lalai yang bersesuaian. | Tidak | |||||||||
Jenis protokol didayakan | Set jenis protokol untuk didayakan pada pelayan Exchange, dalam tertib keutamaan. Nilai mungkin termasuklah Perkhidmatan Exchange ActiveSync dan Web Exchange. Jika peranti menyokong satu atau lebih jenis protokol yang disenaraikan, ia menyediakan akaun untuk jenis disokong yang pertama. | Ya | |||||||||
Aset identiti pengguna | Penyataan aset yang mengandungi identiti pengguna untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
Nama hos Exchange | Alamat IP atau nama domain penuh yang layak (FQDN) hos Exchange. | Ya, melainkan penyataan mengandungi sifat OAuth dengan SignInURL yang telah didayakan sebagai benar. | |||||||||
Port | Nombor port pelayan EWS. Sistem menggunakan ini hanya apabila pernyataan ini mempunyai nilai HostName. | Tidak | |||||||||
URL prinsipal | Laluan pelayan EWS. Sistem menggunakan ini hanya apabila pernyataan ini mempunyai nilai HostName. | Tidak | |||||||||
Nama Hos Luaran Pelayan | Nama hos luaran (atau alamat IP) pelayan EWS. Ini ialah medan yang diperlukan melainkan penyataan mengandungi sifat OAuth dengan SignInURL yang telah didayakan sebagai benar. | Tidak | |||||||||
Port Luaran Pelayan | Nombor port luaran pelayan EWS. Sistem menggunakan ini hanya apabila pernyataan ini mempunyai nilai HostName. | Tidak | |||||||||
Laluan Luaran Pelayan | Laluan luaran pelayan EWS. Sistem menggunakan ini hanya apabila pernyataan ini mempunyai nilai HostName. | Tidak | |||||||||
Penggunaan OAuth | Tentukan sama ada sambungan patut menggunakan OAuth untuk pengesahan. Jika OAuth ditentukan, medan kata laluan sepatutnya dibiarkan kosong. Lihat kamus OAuth di bawah. | Tidak | |||||||||
Aset kelayakan pengesahan | Penyataan aset yang mengandungi kelayakan untuk akaun ini. Lihat Seting aset kelayakan pengesahan dan identiti. | Tidak | |||||||||
Perkhidmatan Mel aktif | Mengaktifkan perkhidmatan mel untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
Kunci perkhidmatan mel | Mencegah pengguna daripada menukar status perkhidmatan mel untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
Perkhidmatan kenalan aktif | Mengaktifkan perkhidmatan buku alamat untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
Kunci perkhidmatan kenalan | Mencegah pengguna daripada menukar status perkhidmatan buku alamat untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
Perkhidmatan kalendar aktif | Mengaktifkan perkhidmatan kalendar untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
Kunci perkhidmatan kalendar | Mencegah pengguna daripada menukar status perkhidmatan kalendar untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
Perkhidmatan peringatan aktif | Mengaktifkan perkhidmatan peringatan untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
Kunci perkhidmatan peringatan | Mencegah pengguna daripada menukar status perkhidmatan peringatan untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
Perkhidmatan nota aktif | Mengaktifkan perkhidmatan nota untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
Kunci perkhidmatan nota | Mencegah pengguna daripada menukar status perkhidmatan nota untuk akaun ini. | Tidak | |||||||||
SMIME | Seting untuk S/MIME. | Tidak |
Kamus OAuth
Seting kamus OAuth konfigurasi Exchange.
Seting | Perihalan | Diperlukan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gunakan OAuth | Mendayakan OAuth untuk akaun ini jika benar. | Ya | |||||||||
URL Daftar Masuk | URL yang akaun ini gunakan untuk mendaftar masuk dengan OAuth. | Tidak | |||||||||
URL Permintaan Token | URL yang akaun ini gunakan untuk permintaan token dengan OAuth. | Tidak |
Nota: Setiap vendor MDM melaksanakan seting ini secara berbeza. Untuk mengetahui cara pelbagai seting Exchange digunakan pada pengguna anda, rujuk dokumentasi vendor MDM anda.