Sokongan peranti Apple untuk Penghirisan Rangkaian 5G
Penghirisan Rangkaian 5G membenarkan pengendali rangkaian mudah alih untuk menyesuaikan trafik menerusi rangkaian 5G Kendiri dengan keperluan Kualiti Perkhidmatan (QoS) khusus untuk kependaman rangkaian, daya pemprosesan dan kehilangan paket. Ini membenarkan rangkaian 5G diperibadikan untuk memenuhi keperluan jenis app dan perkhidmatan berbeza, seperti penstriman video lebar jalur tinggi, komunikasi rendah kependaman dan app perniagaan kritikal misi.
iOS 18 dan iPadOS 18 menawarkan ciri berikut:
Penggunaan VPN dan Hirisan Rangkaian Serentak: Dayakan penggunaan VPN dan Penghirisan Rangkaian 5G serentak, yang memastikan pengaktifkan VPN tidak mengganggu fungsi Hirisan Rangkaian.
Kategori App Dikembangkan: App kini boleh menyokong Penghirisan Rangkaian 5G untuk Kategori app Komunikasi, Permainan, dan Penstriman. Ini membolehkan app mengguanakan berbilang hirisan rangkaian berdasarkan kategori aplikasi dan jenis trafik rangkaian.
Penghirisan Rangkaian 5G disokong pada peranti berikut:
Model | Penghirisan Rangkaian 5G |
---|---|
Semua model iPhone 16 Semua model iPhone 15 Semua model iPhone 14 Model iPad Pro 13 inci dan 11 inci (M4) Model iPad Air 13 inci dan 11 inci (M2) iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-6) iPad Pro 11 inci (generasi ke-4) | |
Semua model iPhone 13 Semua model iPhone 12 iPhone SE (generasi ke-3) iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-5) iPad Pro 11 inci (generasi ke-3) iPad Air (generasi ke-5) iPad mini (generasi ke-6) iPad (generasi ke-10) |
Penting: Runding dengan pembawa untuk menyediakan hirisan rangkaian. Penetapan DNN untuk penghirisan rangkaian mungkin berbeza mengikut pembawa, pelan atau langganan.
Menetapkan Hirisan Rangkaian
iOS 17 dan iPadOS 17 atau lebih baharu menawarkan organisasi keupayaan untuk menetapkan hirisan rangkaian khusus bagi App Terurus pada rangkaian 5G Kendiri pembawa mereka. Ini menyebabkan semua trafik untuk App Terurus yang ditetapkan dihalakan ke hirisan yang dikenal pasti oleh nama rangkaian data (DNN).
iOS 18 dan iPadOS 18 menambah kebolehan untuk App Terurus dihalakan kepada hirisan yang dikenal pasti oleh Kategori App.
Keupayaan untuk menetapkan hirisan rangkaian tersedia menerusi pemasangan app MDM dan perintah seting yang sepadan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang App Terurus, lihat Edarkan App Terurus.
Anda boleh menggunakan langkah berikut untuk menetapkan Hirisan Rangkaian.
1. Sahkan Keserasian.
Pastikan penyelesaian MDM anda menyokong iOS 17 dan iPadOS 17, atau lebih baharu dan menyokong penetapan Hirisan Rangkaian kepada App Terurus.
Sahkan yang iPhone atau iPad selular anda menyokong Penghirisan Rangkaian 5G.
Semak yang pembawa anda menggunakan rangkaian Kendiri 5G dan telah menetapkan Hirisan Rangkaian untuk kegunaan anda.
2. Tetapkan Hirisan Rangkaian pada App Terurus.
Gunakan penyelesaian MDM anda untuk menetapkan Hirisan Rangkaian 5G kepada App Terurus menggunakan Nama Rangkaian Data (DNN) atau nama AppCategory yang diberikan oleh pembawa anda. Hirisan rangkaian sepatutnya bermula dengan “dnn:” atau “appcategory:”
Jika perlu, kemas kini dan pasang App Terurus.
3. Buka App Terurus.
Pada kali pertama pelancaran, pengguna melihat pemberitahuan “5G Dioptimumkan” yang memaklumkan anda bahawa app menggunakan Hirisan Rangkaian.
Pilihan “5G Dioptimumkan” juga tersedia dalam Seting > Selular, yang membolehkan pengguna mengaktifkan atau menyahaktifkan Penghirisan Rangkaian 5G untuk semua App Terurus.