Semak proses kemas kini perisian Apple
Proses untuk melaksanakan kemas kini perisian melibatkan berbilang langkah—daripada pengesanan kemas kini yang tersedia, hingga memuat turun dan menyediakan kemas kini, hingga pemasangan sebenar.
Pengesanan kemas kini perisian
Selepas kemas kini tersedia untuk iPhone, iPad, atau Mac, ia dikesan dalam salah satu kaedah berikut:
Selepas pengguna membuka seting Kemas Kini Perisian
Setiap 24 jam
Selepas peranti memulakan semula
Jika peranti menggunakan konfigurasi lalai dan keperluan untuk kemas kini perisian dipenuhi, pengguna boleh menavigasi ke Seting (pada iOS dan iPadOS) atau Seting Sistem (pada macOS) untuk memuat turun, menyediakan serta memasang kemas kini pada waktu yang sesuai untuk mereka.
Memuat turun dan menyediakan kemas kini perisian pada iPhone dan iPad
Apabila disambungkan secara wayarles, peranti iPhone dan iPad menggunakan kaedah kemas kini atas udara (OTA) yang hanya memuat turun komponen yang diperlukan untuk menyelesaikan kemas kini. Kemas kini meningkatkan kecekapan rangkaian dan mendayakan muat turun yang lebih laju.
Kemas kini perisian iOS dan iPadOS tersedia dalam dua fasa, yang menentukan cara ia boleh dimuat turun.
iPhone dan iPad boleh memuat turun dan menyediakan kemas kini perisian apabila disambungkan menggunakan Wi-Fi dan apabila disambungkan menggunakan selular:
Apabila disambungkan secara wayarles menggunakan Wi-Fi:
Ketersediaan awal: Secara manual oleh pengguna daripada Seting Kemas Kini Perisian.
Ketersediaan umum: Secara manual oleh pengguna atau menggunakan muat turun kemas kini perisian automatik.
Apabila disambungkan secara wayarles menggunakan selular:
Ketersediaan awal: Secara manual oleh pengguna apabila peranti mereka disambungkan ke rangkaian selular 5G dan mengaktifkan Lebih Banyak Data pada 5G.
Ketersediaan umum: Secara manual oleh pengguna kecuali jika ia ditangguhkan oleh pembawa pada rangkaian selular khusus. Dalam kes ini, pengguna dimaklumkan bahawa sambungan Wi-Fi diperlukan untuk memuat turun kemas kini.
Apabila disambungkan secara fizikal ke Mac atau PC: Menerusi Finder atau Apple Configurator pada Mac atau app Peranti Apple pada PC. Dalam kes ini, salinan penuh iOS atau iPadOS dimuat turun, disediakan dan dipasang.
Memuat turun dan menyediakan kemas kini perisian pada Mac
Serupa dengan kemas kini untuk iOS dan iPadOS, kemas kini untuk macOS ialah kemas kini tokokan menggunakan kaedah kemas kini OTA, yang hanya memuat turun komponen yang diperlukan untuk mengemas kini peranti tertentu. Kemas kini tokokan memerlukan volum sistem kedap.
Peringatan kemas kini perisian
Selepas kemas kini telah dimuat turun dan disediakan, pemberitahuan ditunjukkan kepada pengguna dan ikon merah kelihatan di atas app Seting (pada iOS dan iPadOS) atau app Seting Sistem (pada macOS). Jika muat turun automatik dinyahaktifkan, pemberitahuan dan lencana ditunjukkan apabila kemas kini dikesan.
Memasang kemas kini perisian
iPhone dan iPad
Jika kod laluan telah dikonfigurasikan pada peranti, pengguna digesa untuk kod laluan bagi membenarkan kemas kini.
Mac
Dalam macOS 12.3 atau lebih baharu, sebarang pengguna setempat boleh membenarkan kemas kini perisian tokokan. Sebelum macOS 12.3, pentadbir setempat perlu melakukan naik taraf perisian. Pada Mac dengan Apple silicon, pengguna mestilah pemilik volum untuk melaksanakan kemas kini.
Pembantu Mac Universal (UMA) ialah pemasang penuh macOS dan boleh digunakan pada sebarang Mac yang disokong. UMA tersedia menggunakan alat baris perintah softwareupdate
dan memerlukan kebenaran pentadbir setempat untuk dipasang.
Pemasangan kemas kini perisian automatik (bukan naik taraf) dan Respons Keselamatan Pantas
Selepas penyediaan selesai dan pengguna mengaktifkan kemas kini perisian automatik atau Respons Keselamatan Pantas, peranti menggunakan pembelajaran mesin pada peranti untuk menentukan masa yang sesuai untuk memasangnya.
Untuk membenarkan kemas kini, peranti cuba menggunakan kod laluan atau kata laluan bagi membuka kunci untuk melaksanakan kemas kini automatik, tetapi sebaliknya mungkin menggesa pengguna.
Selain daripada keperluan kemas kini perisian lain, komputer Mac mestilah tidak menjalankan app atau proses yang menghalang mula semula. Komputer riba Mac boleh ditutup penutupnya.