Seting muat beban MDM Kawalan Ibu Bapa untuk peranti Apple
Anda boleh mengkonfigurasikan seting Kawalan Ibu Bapa untuk komputer Mac yang didaftarkan dalam penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM). Gunakan muat beban Kawalan Ibu Bapa untuk, sebagai contoh, mengawal akses kepada kandungan, mengehadkan jumlah penggunaan harian Mac dan mengehadkan tempoh jam yang Mac boleh digunakan.
Muat beban Kawalan Ibu bapa menyokong yang berikut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Maklumat muat beban.
Pengecam muat beban disokong: com.apple.applicationaccess.new, com.apple.familycontrols.contentfilter, com.apple.Dictionary, com.apple.gamed, com.apple.familycontrols.timelimits.v2
Sistem dan saluran pengendalian disokong: Peranti macOS, pengguna macOS.
Jenis pendaftaran disokong: Pendaftaran Peranti, Pendaftaran Peranti Diautomasikan.
Duplikasi (tunggal atau berbilang): Tunggal—hanya satu muat beban Kawalan Ibu Bapa boleh dihantar kepada pengguna atau peranti.
Anda boleh menggunakan seting dalam jadual di bawah dengan muat beban Kawalan Ibu Bapa.
Had penggunaan Siri dan Perencanaan
Seting | Perihalan | Diperlukan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penggunaan Siri dan Perencanaan | Menentukan sama ada pengguna boleh menggunakan Siri dan Perencanaan. | Tidak | |||||||||
Sembunyikan unsur tidak senonoh dalam Kamus dan Perencanaan | Unsur tidak senonoh boleh disembunyikan daripada app Kamus; app Perencanaan tidak akan memtranskripsikannya. Jika anda menyembunyikan unsur tidak senonoh, perkataan ini tidak ditunjukkan dalam app Kamus dalam macOS atau dalam app yang menggunakan senarai perkataan. | Tidak |
Tapis kandungan
Apabila anda memasukkan URL, mulakan URL dengan https:// atau http://. Jika perlu, tambah pemasukan berasingan untuk versi https:// dan http:// URL yang sama. Seting ini tidak boleh diedit pada peranti iPhone dan iPad apabila profil konfigurasi yang dipasang mengandungi pengehadan kandungan.
Apabila pengguna melawat tapak yang disekat atau ditapis, mesej muncul dalam pelayar web mereka yang memberitahu akses mereka dihadkan.
Seting | Perihalan | Diperlukan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Hadkan akses ke laman web | Pilih satu daripada berikut:
| Ya | |||||||||
URL Dibenarkan | Tambah URL ke senarai ini untuk membenarkan akses ke tapak web tertentu, walaupun ia dianggap dewasa oleh penapis automatik. Jika anda membiarkan senarai ini kosong, akses diberikan pada semua tapak web bukan dewasa kecuali yang disenaraikan dalam URL Ditolak. | Tidak | |||||||||
URL Ditolak | Tambah URL ke senarai ini untuk menafikan akses ke tapak web tertentu. Pengguna tidak boleh lawati tapak ini walaupun ia dianggap bukan dewasa oleh penapis automatik. Nota: Jika pengehadan mengandungi URL ditolak, kemudian sebarang URL dalam medan Benarkan URL yang bercanggah dengan senarai ditolak dikeluarkan. | Tidak | |||||||||
Tapak Web Tertentu Sahaja | Tambah tapak web yang anda mahu berikan akses kepadanya. Masukkan URL tapak web dalam lajur URL. Masukkan nama untuk penanda buku dalam lajur Nama. | Tidak |
Had masa pada Mac
Seting | Perihalan | Diperlukan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Hari | Pilih sama ada hari bekerja atau hujung minggu. | Ya | |||||||||
Masa diperuntukkan | Setkan jumlah masa daripada tanpa had ke 8 jam dalam peningkatan 30 minit. | Tidak | |||||||||
Nafikan akses | Nafikan akses ke penggunaan Mac. Pilihan adalah:
Selepas hari dalam minggu dipilih, jam boleh dipilih. | Tidak |
Nota: Setiap vendor MDM melaksanakan seting ini secara berbeza. Untuk mengetahui cara seting Kawalan Ibu Bapa yang digunakan pada peranti dan pengguna anda, rujuk dokumentasi vendor MDM anda.