Konfigurasi pengisytiharan seting Kemas Kini Perisian untuk peranti Apple
Gunakan konfigurasi seting Kemas Kini Perisian untuk menguatkuasakan kemas kini perisian pada masa tertentu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan MDM untuk mengerahkan kemas kini perisian.
Konfigurasi seting Kemas Kini Perisian menyokong yang berikut:
Sistem pengendalian dan saluran disokong minimum: iOS 18, iPadOS 18, peranti iPad Dikongsi, peranti macOS 15.
Memerlukan penyeliaan: Ya, kecuali yang berikut: Kunci penguatkuasaan, pengujian beta kunci
OfferPrograms
.Jenis pendaftaran disokong: Pendaftaran Peranti, Pendaftaran Peranti Diautomasikan.
Kunci kamus AutomaticActions
Kamus AutomaticActions
menawarkan kunci yang ditawarkan di bawah (lalai adalah Allowed
dan tidak dibenarkan).
Kunci | Jenis | Kelakuan gabungan | Perihalan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Enum | Nilai terakhir daripada senarai: Allowed, AlwaysOn, AlwaysOff. | Menentukan sama ada hanya muat turun automatik dan persediaan kemas kini yang tersedia (bukan naik taraf dan Respons Keselamatan Pantas) boleh dikawal oleh pengguna:
| ||||||||
| Enum | Nilai terakhir daripada senarai: Allowed, AlwaysOn, AlwaysOff. | Menentukan sama ada pemasangan automatik hanya kemas kini sistem pengendalian yang tersedia (bukan naik taraf dan Respons Keselamatan Pantas) boleh dikawal oleh pengguna:
| ||||||||
(macOS sahaja) | Enum | Nilai terakhir daripada senarai: Allowed, AlwaysOn, AlwaysOff. | Menentukan sama ada pemasangan automatik kemas kini keselamatan yang tersedia boleh dikawal oleh pengguna:
|
Sekiranya berbilang pengisytiharan menyertakan nilai untuk kunci yang sama, nilai terakhir dalam senarai berikut yang digunakan oleh sebarang pengisytiharan tersebut diutamakan: Allowed
, AlwaysOn
, AlwaysOff
.
Kunci kamus RapidSecurityResponse untuk iOS, iPadOS dan macOS
Kamus RapidSecurityResponse
mengandungi kunci yang ditunjukkan di bawah (lalai adalah Benar dan tidak diperlukan).
Kunci | Jenis | Kelakuan gabungan | Perihalan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Boolean | Operasi AND logik untuk nilai | Jika palsu, Respons Keselamatan Pantas tidak ditawarkan untuk pemasangan pengguna. Ini mentakrifkan sama ada Respons Keselamatan Pantas dipasang pada peranti pengguna secara automatik. | ||||||||
| Boolean | Operasi AND logik untuk nilai | Jika palsu, gulung balik Respons Keselamatan Pantas tidak ditawarkan kepada pengguna. Ini mengawal sama ada pengguna mempunyai pilihan untuk mengeluarkan Respons Keselamatan Pantas. |
Tidak terikat kepada kunci Enable
, Respons Keselamatan Pantas masih boleh dipasang dengan pengisytiharan com.apple.configuration.softwareupdate.enforcement.specific
.
Kunci kamus penangguhan untuk iOS dan iPadOS
Kamus Penangguhan menawarkan kunci berbeza untuk mengkonfigurasi kelakuan bergantung pada platform (tiada lalai, tidak diperlukan).
Kunci | Jenis | Kelakuan gabungan | Perihalan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Integer 1–90 | Bilangan hari maksimum | Menentukan bilangan hari untuk menangguhkan kemas kini perisian. Apabila disetkan, kemas kini dan naik taraf perisian kelihatan hanya selepas tundaan yang ditentukan, selepas keluaran kemas kini atau naik taraf perisian. | ||||||||
| Enum | Nilai terakhir daripada senarai: All, Oldest, Newest | Menentukan cara peranti menunjukkan naik taraf perisian kepada pengguna. Apabila kemas kini dan naik taraf perisian tersedia, peranti berkelakuan seperti berikut:
|
CombinedPeriodInDays
dan RecommendedCadence
boleh digunakan dalam gabungan. Contohnya, jika RecommendedCadence
disetkan kepada Oldest
dan CombinedPeriodInDays
disetkan kepada 30, pengguna hanya melihat kemas kini perisian untuk keluaran paling lama selepas 30 hari tarikh penerbitannya.
Kunci kamus penangguhan untuk macOS
Kunci | Jenis | Kelakuan gabungan | Perihalan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Integer 1–90 | Bilangan hari maksimum | Menentukan bilangan hari untuk menangguhkan naik taraf perisian pada peranti. Apabila disetkan, naik taraf perisian kelihatan hanya selepas tundaan yang ditentukan, selepas keluaran naik taraf perisian. | ||||||||
| Integer 1–90 | Bilangan hari maksimum | Menentukan bilangan hari untuk menangguhkan hanya kemas kini perisian (bukan naik taraf perisian atau Respons Keselamatan Pantas) pada peranti. Apabila disetkan, kemas kini perisian kelihatan hanya selepas tundaan yang ditentukan, selepas keluaran kemas kini perisian. | ||||||||
| Integer 1–90 | Bilangan hari maksimum | Menentukan bilangan hari untuk menangguhkan kemas kini bukan sistem pengendalian. Apabila disetkan, kemas kini kelihatan hanya selepas tundaan yang ditentukan, selepas keluaran kemas kini. |
Dalam macOS, kunci tambahan tersedia untuk menentukan sama ada pengguna standard dan pentadbir setempat boleh melaksanakan kemas kini atau naik taraf (kelakuan lalai), atau menentukan sama ada keizinan pentadiran diperlukan (lalai adalah Benar dan tidak diperlukan).
Kunci | Jenis | Kelakuan gabungan | Perihalan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Boolean | Operasi AND logik untuk nilai | Jika benar, pengguna standard boleh melaksanakan kemas kini dan naik taraf. Jika palsu, hanya pentadbir boleh melaksanakan kemas kini dan naik taraf. |
Kunci kamus kuatkuasakan kemas kini perisian
Pengisytiharan menawarkan kunci yang ditunukkan di bawah (semua rentetan dan tiada lalai).
Kunci | Diperlukan | Perihalan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Ya | Versi sistem pengendalian sasaran yang peranti akan dikemas kini mengikut kesesuaian masa. Ini ialah nombor versi sistem pengendalian, contohnya, iOS 17.4. | |||||||||
| Tidak | Versi binaan sasaran yang peranti akan dikemas kini pada masa yang ditentukan, contohnya, 21E219. Sistem menggunakan versi binaan untuk ujian semasa tempoh pembenihan. Versi binaan boleh menyertakan pengecam versi tambahan, contohnya, 21E219a. Jika versi binaan tidak konsisten dengan versi sistem pengendalian sasaran yang ditentukan dalam kunci | |||||||||
| Tidak | Nilai masa tarikh setempat yang menentukan masa untuk memaksa pasang kemas kini perisian. Gunakan format YYYY-MM-DDTHH:MM:SS, yang diterbitkan daripada RFC3339 tetapi tidak menyertakan ofset zon waktu. Jika pengguna tidak mencetuskan kemas kini perisian sebelum masa ini, peranti memasangnya secara paksa. | |||||||||
| Tidak | URL halaman web yang menunjukkan butiran yang organisasi berikan tentang keluaran dikuatkuasakan. |
Jika konfigurasi menentukan sistem pengendalian atau versi binaan yang sama atau lebih lama daripada versi peranti semasa, maka konfigurasi diabaikan.
Jika berbilang konfigurasi wujud dengan sistem pengendalian atau versi binaan yang lebih baharu daripada versi peranti semasa, konfigurasi dengan tarikh dan masa sasaran paling awal diproses terlebih dahulu dan yang lain kekal dalam baris gilir. Apabila peranti dikemas kini kepada versi baharu, set konfigurasi diproses semula untuk menentukan yang mana menjadi set seterusnya untuk diproses.
Sebarang Respons Keselamatan Pantas yang tersedia dipasang secara automatik jika penyelesaian MDM mentakfrikan hanya TargetOSVersion
. Untuk menyasarkan keluaran atau Respons Keselamatan Pantas tertentu, penyelesaian MDM boleh menggunakan kunci TargetBuildVersion
di samping menentukan binaan, termasuk pengecam versi tambahan.
Kunci Pemberitahuan
Kunci Pemberitahuan menukar kelakuan pemberitahuan lalai untuk menunjukkan hanya pemberitahuan 1 jam sebelum masa penguatkuasaan dan kira detik mula semula (lalai ialah Benar dan tidak diperlukan).
Kunci | Jenis | Kelakuan gabungan | Perihalan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Boolean | Operasi AND logik untuk nilai | Jika benar, peranti menunjukkan semua pemberitahuan penguatkuasaan kemas kini perisian. Jika palsu, peranti hanya menunjukkan pemberitahuan yang dicetuskan satu jam sebelum tarikh tamat penguatkuasaan dan pemberitahuan kira detik mula semula. |
Mengurus kemas kini perisian beta
Pada peranti iPhone atau iPad, hanya tatasusunan OfferPrograms
boleh digunakan untuk membolehkan pengguna mendaftar dalam program beta telah yang dilanggan oleh organisasi secara automatik. Kamus beta menawarkan kunci berikut (tidak diperlukan):
Kunci | Jenis | Lalai | Kelakuan gabungan | Perihalan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Enum | Dibenarkan | Nilai terakhir daripada senarai: Allowed, AlwaysOn, AlwaysOff | Menentukan sama ada pendaftaran program beta boleh dikawal oleh pengguna dalam antara muka seting kemas kini perisian:
| |||||||
| Tatasusunan | — | Gabungan unik semua nilai | Tatasusunan program beta yang dibenarkan pada peranti. Kunci ini mesti hanya wujud jika kunci | |||||||
| Kamus | — | Kofigurasi pertama digunakan | Peranti didaftarkan dalam program beta ini secara automatik. Kunci ini mesti wujud hanya jika kunci |
Selain menghantar nama program, pilihan OfferPrograms
dan RequireProgram
memerlukan token program beta dihantar kepada peranti. Token ini digunakan dengan Apple untuk mengesahkan kelayakan dan menerima konfigurasi kemas kini perisian dikemas kini.
Untuk membenarkan pengguna mendaftar menggunakan Akaun Apple peribadi mereka atau Akaun Apple Terurus, penyelesaian MDM boleh mengesetkan kunci ProgramEnrollment
kepada Allowed
. Ini membolehkan pengguna mendaftar dalam sebarang program yang tersedia kepada akaun mereka dan secara tambahan, dalam sebarang program beta yang ditentukan oleh tatasusunan OfferPrograms
. Setiap kamus Program dalam tatasusunan OfferPrograms
mesti terdiri daripada kunci berikut (semua rentetan, semua diperlukan):
Kunci | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Perihalan program beta yang boleh dibaca orang. | ||||||||||
| Token perkhidmatan pembenihan yang penyelesaian MDM tergolong dalam organisasi. Token ini digunakan untuk mendaftarkan peranti dalam program beta yang sepadan. |
Jika organisasi mahu membenarkan pengguna menyertai tanpa perlu mendaftar masuk, mereka boleh mengesetkan kunci ProgramEnrollment
kepada AlwaysOn
. Dalam kes ini, pengguna ditawarkan semua program yang disenaraikan dalam tatasusunan OfferPrograms
. Mereka juga boleh mendaftarkan peranti ke dalam program beta menggunakan gabungan ProgramEnrollment
yang disetkan kepada AlwaysOn
dan mentakrifkan program beta supaya peranti mesti didaftarkan dengan kamus RequireProgram
. Kamus RequireProgram
memerlukan kunci berikut (semua rentetan):
Kunci | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Perihalan program beta yang boleh dibaca orang. | ||||||||||
| Token perkhidmatan pembenihan yang penyelesaian MDM tergolong dalam organisasi. Token ini digunakan untuk mendaftarkan peranti dalam program beta yang sepadan. |
Sekiranya organisasi mahu menghalang pengguna daripada mendaftar, mereka boleh mengesetkan kunci ProgramEnrollment
kepada AlwaysOff
. Ini juga menyahdaftarkan peranti daripada sebarang program beta yang telah didaftarkan secara manual atau automatik.
Nota: Setiap vendor MDM melaksanakan seting ini secara berbeza. Untuk mengetahui cara pelbagai seting Kemas Kini Perisian digunakan pada peranti dan pengguna anda, rujuk dokumentasi vendor MDM anda.