Ferdinand Emmanuel Edralín Marcos (11 September 1917 – 28 September 1989) ialah presiden dan Diktator Filipina yang berkhidmat antara tahun 1965 hingga tahun 1986. Pada tahun 1972, beliau mengisytiharkan undang-undang tentera untuk membenarkan diri terus memegang kuasa sehingga memansuhkannya pada tahun 1981. Berdasarkan data dari Amnesty International, seramai 70,000 orang dipenjarakan, 34,000 diseksa dan 3,240 dibunuh sepanjang tempoh berkenaan. Beliau dipilih semula pada tahun 1981 tetapi tempoh yang baru ini telah digagalkan oleh persoalan kesihatan peribadi, salah pengurusan politik, pencabulan hak asasi manusia, dan rasuah yang menular. Pada tahun 1986, Marcos dipilih semula buat kali keempat dalam sebuah pilihan raya kilat, akan tetapi pilihan raya ini dipertikaikan dan beliau kemudian disingkirkan dari jawatannya secara aman melalui "Kuasa Rakyat" (Revolusi EDSA).

Ferdinand Marcos
Dalam jawatan
30 Disember 1965 – 25 Februari 1986
Naib PresidenFernando Lopez (1965-1972)
Arturo Tolentino (1986)
Didahului olehDiosdado Macapagal
Digantikan olehCorazon Aquino
Dalam jawatan
12 Jun 1978 – 30 Jun 1981
Maklumat peribadi
Lahir11 September 1917
Sarrat, Ilocos Norte, Filipina
Mati28 September 1989 (umur 82)
Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat
Parti politikParti Nacionalista (1965-1978)
Kilusang Bagong Lipunan (1978-1986)
PasanganImelda Romualdez
TandatanganTandatangan

Kehidupan awal

sunting

Ferdinand Marcos dilahirkan di Sarrat, Ilocos Norte kepada Mariano Marcos, seorang peguam yang merupakan wakil rakyat untuk Ilocos Norte, dan Josefa Quetulio Edralín, seorang guru. Beliau ialah anak kedua dalam sebuah keluarga empat adik-beradik yang berketurunan campuran Filipina (Ilocano), Cina, dan Jepun. Marcos belajar di sekolah kerajaan, bermula daripada sekolah rendah di Sekolah Pusat Sarrat, dipindahkan ke Sekolah Rendah Shamrock (Laoag), dan akhirnya menghabiskan pendidikan sekolah rendahnya pada tahun 1929 di Sekolah Rendah Ermita (Manila) apabila ayahnya dipilih sebagai wakil rakyat untuk Kongres Filipina.

Marcos berkhidmat sebagai Leftenan Ketiga di Pasukan Konstabel Simpanan Filipina (polis negara) pada tahun 1937. Pada tahun yang sama, ketika dia masih merupakan pelajar undang-undang di Universiti Filipina, dia didakwa membunuh Ahli Kongres Julio Nalundasan, salah satu pesaing politik yang akan bertanding dengan ayahnya dalam pilihan raya yang akan datang, dan disabit bersalah pada November 1939. Bagaimanapun, beliau ditawarkan pengampunan oleh Presiden Manuel Quezon, telah menolakkannya dan kembali secara rela ke Penjara Provinsi Laoag di mana dia menghabiskan masa untuk menyediakan pembelaan diri semasa belajar untuk peperiksaan undang-undang.

Marcos diterima menjadi peguam dan diberikan kebenaran untuk merayu terhadap kes sendiri di mana dia mengemukakan alasan yang cukup meyakinkan kepada Mahkamah Agung Filipina dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh pada tahun yang berikut oleh Hakim Bersekutu Jose P. Laurel. Di Universiti Filipina, Marcos merupakan ahli Upsilon Sigma Phi.

Pada tahun 1954, selepas percintaan mendadak selepas 11 hari, Marcos berkahwin dengan ratu cantik Imelda Romualdez yang kemudian membantunya dengan amat berjaya untuk menjalankan kempen-kempen untuk jawatan presiden. Mereka dikurniakan dengan empat orang anak: Imee Marcos (ahli Kongres untuk Ilocos Norte), Ferdinand "Bongbong" Marcos, Jr. (gabenor Ilocos Norte), Irene Marcos (sosialit), dan anak angkat perempuan, Aimee Marcos (usahawan dan ahli muzik).

Pada tahun 2004, sebuah akhbar Sydney mengatakan bahawa Marcos dan seorang peragawati pakaian renang mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan pada tahun 1971. [1]

Rujukan

sunting
  • Ferdinand, Marcos (1973). Notes on the New Society of the Philippines (Nota-nota mengenai Masyarakat Baru Filipina).
  • Primitivo, Mijares (1976). The Conjugal Dictatorship of Ferdinand Marcos and Imelda Marcos (Pemerintahan Diktator Suami Isteri Ferdinand Marcos dan Imelda Marcos).

Pautan luar

sunting



Didahului oleh
Pedro A. Albano
Wakil, Daerah ke-2  Ilocos Norte
1949–1959
Diikuti oleh:
Simeon M. Valdez
Didahului oleh
Eulogio Rodriguez
Presiden Senat Filipina
1963–1965
Diikuti oleh:
Arturo M. Tolentino
Didahului oleh
Diosdado Macapagal
Presiden Filipina
1965–1986
Diikuti oleh:
Corazon Aquino
Didahului oleh
Ditempatkan semula
Perdana Menteri Filipina
1978–1981
Diikuti oleh:
Cesar Virata