Neil Armstrong
Neil Armstrong | |
---|---|
Kelahiran | Wapakoneta, Ohio, A.S. | 5 Ogos 1930
Meninggal dunia | 25 Ogos 2012 Cincinnati, Ohio, A.S. | (umur 82)
Warganegara | Amerika Syarikat |
Nama lain | Neil Alden Armstrong |
Anugerah | Templat:Presidential Medal of Freedom Templat:CS Medal of Honor |
Kerjaya angkasa | |
Angkasawan NASA | |
Pekerjaan sebelum | Penerbang tentera laut, juruterbang ujian |
Tempoh di angkasa | 8 hari, 14 jam, 12 minit dan 30 saat |
Pemilihan | 1958 Man In Space Soonest 1960 Dyna-Soar 1962 NASA Group 2 |
Jumlah EVA | 1 |
Jumlah masa EVA | 2 jam 31 minit |
Misi | Gemini 8, Apollo 11 |
Lambang misi |
Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 – 25 Ogos 2012) ialah angkasawan Amerika Syarikat, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Beliau juga seorang jurutera ruang angkasa, juruterbang tentera laut, juruterbang ujian dan pensyarah universiti. Mulanya bekerja dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, beliau berkhidmat dalam Perang Korea. Selepas perang, beliau menjadi juruterbang ujian Suruhanjaya Penasihat Aeronautik Negara.
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Neil lahir pada 5 Ogos 1930 di sebuah perkampungan berdekatan bandar Wapakoneta, Ohio[1] kepada Stephen Koenig Armstrong, seorang juruaudit untuk pemerintah negeri Ohio,[2] dan Viola Louise Engel. Beliau berketurunan kacukan bangsa Jerman, Scotland dan Ulster.[3][4] Kerjaya ayahnya sebagai seorang pegawai pemerintah memaksa keluarga Neil berpindah randah sekitar negeri ini, di mana mereka bermukim di 16 buah bandar selama 14 tahun ayahnya bekerja.[5]
Neil mula menaruh minat kepada bidang penerbangan apabila ayahnya membawanya ke suatu perlumbaan kapal terbang di Cleveland pada usia 2 tahun. Beliau pertama kali menaiki kapal terbang ketika berusia hampir enam tahun di sebuah lapangan terbang di Warren, Ohio di mana beliau dan ayahnya menaiki sebuah pesawat Ford Trimotor berjolokan "Tin Goose".[6][7]
Kerjaya dalam tentera laut
[sunting | sunting sumber]Armstrong menyertai NASA pada 1962.
Kerjaya dalam NASA
[sunting | sunting sumber]Penerbangan pertamanya ialah misi Gemini 8 pada 1966, sebagai juruterbang perintah, menjadi antara orang awam A.S. pertama ke angkasa lepas. Penerbangan kedua dan terakhirnya ialah sebagai komander misi Apollo 11 yang mendarat di Bulan pada 20 Julai 1969.
Apollo 11
[sunting | sunting sumber]Dalam misi ini, Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan dengan kenderaan udara kecil, yang telah dihantar ke Bulan dengan roket Saturn V dan menghabiskan masa 2½ jam menjelajah, manakala Michael Collins kekal di orbit dalam Modul Perintah. Jutaan orang menonton peristiwa ini melalui TV. Ucapannya yang terkenal ialah:
- Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, sebuah langkah besar bagi kemanusiaan.
Senja hidup
[sunting | sunting sumber]Armstrong meninggal dunia di Cincinnati, Ohio, pada 25 Ogos 2012, pada usia 82 tahun akibat komplikasi arteri koronari tersekat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hansen 2005, m/s. 49–50.
- ^ "Neil Armstrong grants rare interview to accountants organization". CBC News. 24 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2018. Dicapai pada April 8, 2018.
- ^ Hansen 2005, m/s. 13, 20.
- ^ "A Giant Leap For An Ulsterman". The Belfast Telegraph. 28 Ogos 2012. Dicapai pada 14 November 2018.
- ^ Hansen 2005, m/s. 29.
- ^ "Project Apollo: Astronaut Biographies". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2011. Dicapai pada 12 Mei 2011.
- ^ Hansen 2005, m/s. 45. "According to a volunteer group in Warren. Ohio that had worked through the 2000s to turn the Warren Airport into a historical exhibit, the date of Neil's inaugural; flight was July 26, 1936. If that date is correct, Neil was still only five when he experienced his first airplane ride, his sixth birthday not coming for ten more days."
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Neil Armstrong. |
- neilarmstronginfo.com (tapak rasmi oleh keluarga Armstrong)
- Biografi NASA rasmi
- Neil Armstrong di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Penampilan neilarmstrong di C-SPAN
- Karya oleh atau mengenai Neil Armstrong di perpustakaan (katalog WorldCat)
- "Neil Armstrong Honored as an Ambassador of Exploration", NASA
- Space Week: Armstrong's Moon landing speech rewritten Majalah Cosmos, Oktober 2006
- An Audience with Neil Armstrong (rare interview) Diarkibkan 2012-08-26 di Wayback Machine
- Neil Armstrong di Find a Grave