Syarat Syarat Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik 2023

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK TAHUN 2023

PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah
sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.
Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah murid merangkumi
aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang
berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan
dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Muzik juga dapat
mencungkil bakat murid yang sekali gus membina keyakinan diri.

LATAR BELAKANG
Pertandingan nyanyian lagu patriotik salah satu aktiviti yang telah sekian lama dijalankan di sekolah-
sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan setiap tahun sepanjang bulan kemerdekaan yang disambut di
sekolah-sekolah.

MATLAMAT
Membolehkan murid mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke
arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

OBJEKTIF
4.1 Memberi pengalaman muzikal dan kesedaran estetik murid.
4.2 Memperkembang daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.
4.3 Memupuk disiplin di kalangan murid.
4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid.
4.5 Memperkembang bakat dan minat murid.
4.6 Membentuk identiti nasional dalam kalangan murid-murid.
4.7 Memupuk semangat bekerjasama dan kekitaan di kalangan murid-murid.

PELAKSANAAN
PERINGKAT PERTANDINGAN : Peringkat Sekolah

PENYERTAAN
Terbuka kepada semua kelas Tahun 1, 2, dan 3.

LAGU
7.1 Setiap orang peserta dikehendaki menyampaikan sebuah lagu sahaja.
7.2 Lagu yang dipilih adalah lagu Patriotik Malaysia.
7.3 Lagu-lagu yang dinyanyi akan dirakam dan dihantar kepada penganjur.

MUZIK IRINGAN (Accompaniment)


Muzik iringan adalah secara ‘minus one’.
PAKAIAN
Pakaian yang bersesuaian, sopan, kreatif dan inovatif.

RAKAMAN
Semua peserta dikehendaki menghantar video mentah sebelum 9 September 2023. Peserta tidak
boleh mengedit video. Rakaman video TIDAK BOLEH MELEBIHI 4 MINIT.

PEMARKAHAN
9.1 Sebutan : 20 markah
9.2 Pic : 20 markah
9.3 Rentak : 20 markah
9.4 Pakaian : 20 markah
9.5 Gaya Persembahan dan Kreativiti : 20 markah
JUMLAH : 100 markah

PENGHAKIMAN
10.1 Juri-juri dilantik oleh pentadbir sekolah.
10.2 Keputusan juri adalah muktamad.

HADIAH
11.1 Satu pemenang akan dipilih bagi setiap tahun iaitu pemenang bagi tahun 1, 2, dan 3.
11.2 Pemenang akan mendapat hadiah berupa cenderahati dan berpeluang untuk membuat
persembahan semasa majlis penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan.

TEMPAT DAN TARIKH PELAKSANAAN


Tempat : Rumah masing-masing
Tarikh : 17 Ogos hingga 5 September 2023

Disediakan oleh Disahkan oleh

USAMAH
_______________________

NIK MUHAMMAD USAMAH BIN NIK ABDUL RAHMAN

Guru Muzik Sesi Petang SK Seksyen 13

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN NYANYIAN


SOLO LAGU PATRIOTIK PERINGKAT SEKOLAH TAHUN
2023
Nama

Kelas

Tajuk Lagu

Nombor
Telefon
Email

Penghantara
n Video
Ke GCR

You might also like