Cipta profil dalam Safari pada Mac
Anda boleh mengasingkan pelayaran peribadi anda daripada pelayaran kerja, sekolah dan lain-lain dengan mencipta profil untuk setiap bahagian hidup anda.
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Pilih Safari > Seting, kemudian klik Profil.
Jika ini ialah profil pertama anda, klik Mula Menggunakan Profil.
Klik di bawah senarai profil.
Jika ini ialah profil pertama anda, anda boleh melangkau langkah ini.
Masukkan nama untuk profil ini, kemudian pilih ikon dan warna.
Pilih folder penanda buku untuk tapak web kegemaran anda dalam profil ini.
Klik Cipta Profil.
Klik Sambungan untuk memilih sambungan yang anda mahu gunakan dengan profil ini.
Jika anda menyimpan kata laluan pada Rantai Kunci iCloud, kata laluan tersedia dalam setiap profil yang anda cipta.
Nota: Di samping sebarang profil yang anda cipta, anda sentiasa mempunyai profil Peribadi (Lalai). Anda boleh menukar nama, ikon dan warna profil Peribadi anda.