Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cetak atau cipta PDF halaman web dalam Safari pada Mac
Apabila mencetak atau mencipta PDF untuk halaman web, anda boleh memasukkan imej dan warna latar belakang dan menunjukkan alamat web dan tarikh dalam pengepala dan pengaki.
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Pergi ke halaman web.
Pilih Fail > Cetak.
Klik menu timbul pilihan (dalam bar pemisah), pilih Safari, kemudian setkan pilihan mencetak halaman web.
Jika anda tidak dapat lihat menu timbul pilihan dalam bar pemisah di sebelah kanan pratonton halaman, klik Tunjukkan Butiran di bawah dialog Cetak.
Untuk mencipta halaman web PDF, klik PDF di bawah dialog, kemudian pilih apa yang anda ingin lakukan dengan PDF.