Teach from Anywhere
Menyediakan para guru dan keluarga dengan alatan dan panduan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran murid yang berterusan.
Pilih alatan yang sesuai untuk anda
Belum mempunyai akaun Google Workspace for Education? Klik tab sekolah untuk mengetahui cara pentadbir anda boleh mendaftar untuk rangkaian aplikasi kami tanpa sebarang bayaran.
Terkini
-
Ciri-ciri Google Meet baharu untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran
Ketahui tentang ciri-ciri Google Meet yang bakal dilancarkan hujung tahun ini untuk membantu para pendidik menambahbaik penyerdehanaan dan penglibatan dalam persekitaran pembelajaran jarak jauh atau hibrid.
-
Assignments kini tersedia untuk semua
Assignments ialah sebuah aplikasi untuk sistem pengurusan pembelajaran yang menyediakan cara yang lebih cepat dan mudah untuk mengedar, menganalisa dan menanda tugasan pelajar – semuanya menerusi kuasa kolaborasi Google Workspace.
-
Ciri-ciri Classroom baharu untuk membantu pengurusan kelas
Ciri-ciri baharu yang menambahbaik penciptaan kelas, membantu anda menjejak tugasan dan lebih memahami penggunaan. Termasuk juga sumber-sumber baharu untuk pengguna kali pertama.
Bagaimanakah cara untuk mengajar dari jauh menggunakan panggilan video?
-
Sediakan rumah anda untuk panggilan video
Cari lokasi dengan isyarat WiFi yang kuat, cahaya semula jadi yang terang dan latar belakang yang kosong.
-
Mulakan panggilan video dengan kelas anda
Dengan Google Meet anda boleh memulakan panggilan video dan menjemput seluruh kelas anda.
Tutorial -
Rakam sesi pengajaran anda untuk ditonton semula dengan segera
Rakam sesi pelajaran anda supaya pelajar dan rakan pendidik dapat menontonnya kemudian.
Tutorial -
Strim pengajaran anda secara langung
Penstriman secara langsung menjimatkan lebar jalur pada sambungan internet yang lemah. Rakam sesi pelajaran anda dan siarkan di Classroom supaya murid dapat mengaksesnya kemudian.
Tutorial
Bagaimana cara menguruskan bilik darjah maya?
-
Cipta tugasan pertama dalam Google Classroom
Google Classroom membantu para guru mencipta dan mengatur tugasan, memberikan maklum balas dan berkomunikasi dengan kelas mereka.
Tutorial -
Bina tapak web kelas untuk murid anda
Anda boleh membina tapak web kelas peribadi dengan mudah untuk meletakkan maklumat pelajaran, lembaran kerja dan video menggunakan Google Sites.
Tutorial -
Tetapkan struktur pengajaran anda dengan Google Slides
Google Slides menjadikan pengajaran anda bertambah menarik dengan pelbagai tema persembahan, video terbenam, animasi dan banyak lagi.
Tutorial -
Cipta, kongsi dan edit Google Docs
Galakkan kolaborasi antara murid dengan Google Docs, di mana anda boleh cipta, edit dan cetak dokumen di satu tempat
Tutorial
Bagaimanakah guru memudahkan akses pelajaran untuk semua?
-
Gunakan kapsyen masa-nyata
Gunakan kapsyen dalam Meet dan Slides untuk menyokong murid yang kurang atau tiada daya pendengaran
Tutorial -
Gunakan pembaca skrin untuk membaca teks secara langsung
Gunakan pembaca skrin yang terbina dalam Chromebook dan Google Workspace untuk murid yang kurang atau tiada daya penglihatan
Tutorial -
Ketahui tentang fitur akses di Chromebook
Bimbing murid anda mengenai cara menggunakan ciri kebolehcapaian yang terbina dalam Chromebook mereka.
Tutorial -
Ketahui fitur akses dalam Google Workspace
Ajar murid anda untuk menggunakan teknologi bantuan dalam Google Workspace, seperti menggunakan suara untuk menaip ayat dan sokongan braille.
Tutorial
Bagaimanakah cara untuk menggalakkan penglibatan murid yang berterusan?
-
Galakkan perbincangan murid
Galakkan perbincangan dengan meminta murid menulis soalan dan ulasan dalam Google Classroom.
Tutorial -
Penjadualan masa
Penjadualan dalam Google Calendar membenarkan murid mengatur masa dengan guru secara berindividu atau dalam kumpulan kecil.
Tutorial -
Buat kuiz dalam talian dengan Google Forms
Tandakan kuiz serta penilaian yang dihasilkan secara automatik dengan Google Forms.
Tutorial -
Berikan maklum balas masa nyata dalam Google Docs
Gunakan fitur ulasan dalam Google Docs untuk memberikan maklum balas semasa murid membuat kerja.
Tutorial
Bagaimanakah cara untuk berhubung dengan guru lain?
-
Bersantai secara maya bersama-sama
Penting untuk anda kekal berhubung dengan rakan sekerja. Aturkan waktu santai tetap dalam Calendar dan jemput orang lain untuk menyertainya melalui panggilan Google Meet
Tutorial -
Kongsi sumber pengajaran dalam talian
Jika anda sedang membuat sumber pembelajaran dan pengajaran yang boleh digunakan oleh guru lain, kongsikan di Google Drive.
Tutorial -
Berhubung dengan pemesejan segera
Gunakan Hangouts Chat untuk kekal berhubung dengan rakan sekerja. Sediakan kumpulan sembang agar anda boleh berhubung dalam kumpulan yang lebih kecil.
Tutorial -
Kongsikan maklumat terbaru dengan semua kakitangan sekolah
Gunakan Google Groups untuk membuat senarai emel untuk memastikan semua rakan sekerja anda mendapat maklumat terkini
Tutorial
Untuk mencuba aplikasi yang ada di laman web ini, anda memerlukan akaun Google Workspace for Education. Google Workspace for Education tersedia tanpa sebarang bayaran untuk institusi pendidikan dan sekolah yang layak di seluruh dunia.
Bagaimana cara mendapatkan Google Workspace for Education untuk sekolah saya?
-
Langkah 1 - Daftar
Lengkapkan borang pendaftaran untuk sekolah anda. Sahkan anda memiliki domain. Kelulusan mungkin mengambil masa beberapa hari.
Tutorial -
Langkah 2 - Ciptakan senarai pengguna dan tetapkan struktur
Tentukan struktur organisasi untuk menentukan tetapan dan muat naik fail csv pengguna.
Tutorial -
Langkah 3 - Pengubahan tetapan
Pilih kumpulan pengguna yang boleh mengakses perkhidmatan dan tetapkan untuk memastikan keselamatan mereka.
Tutorial -
Langkah 4 - Sediakan latihan
Pembelajaran tidak akan berhenti. Terokai latihan dan sumber teknologi yang disediakan untuk para pendidik di Pusat Guru Google for Education.
Bagaimanakah saya dapat memperoleh Chromebook untuk sekolah saya?
-
Langkah 1 - Beli Chromebook dan Chrome Education Upgrade
Pertama, hubungi pengilang Chromebook, penjual rasmi atau pihak Google for Education untuk membeli Chromebook beserta perisian pengurusan peranti
-
Langkah 2 - Daftar dan sediakan peranti anda
Selepas menerima Chromebook dan Chrome Education Upgrades, daftar dan sediakan peranti anda, atau rancang untuk pengguna anda mendaftarnya secara langsung.
-
Langkah 3 - Uruskan dasar dan tetapan peranti anda
Dengan konsol Google Admin anda boleh menetapkan lebih 200 tetapan seperti tetapan Wi-Fi, memilih aplikasi untuk prapasang, dan memaksa peranti untuk kemas kini secara automatik kepada versi terkini sistem operasi Chrome.
-
Langkah 4 - Hantar Chromebook ke rumah atau simpan di sekolah
Sediakan Chromebook untuk dihantar ke rumah bersama pelajar atau dikongsi dalam persekitaran sekolah.
Memandangkan kerja sekolah kini dibuat di rumah, para murid meluangkan lebih banyak masa dalam talian. Berikut adalah beberapa tip dan alatan untuk membantu keluarga menyokong penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak.
Bagaimanakah saya boleh belajar tentang teknologi yang digunakan oleh anak saya untuk persekolahan?
-
Belajar tentang aplikasi Google
Baca Panduan Penjaga kami untuk membantu anda mempelajari cara para guru dan pelajar menggunakan aplikasi Google, daripada Chromebook sehingga Google Workspace for Education.
-
Sediakan Chromebook untuk penggunaan di rumah
Belajar cara menyediakan dan menggunakan semua ciri dalam Chromebook anak anda untuk penggunaan di rumah.
-
Cari aplikasi untuk meningkatkan akses untuk murid kurang upaya
Sokong anak anda jika mereka berkeperluan khas atau kurang upaya dengan menerokai ciri akses yang dibina dalam Google Workspace dan Chromebook.
-
Dapatkan bantuan untuk kerja sekolah
Gunakan Read Along, aplikasi pembelajaran khas untuk membantu kanak-kanak yang muda menjadi lebih fasih dalam pembacaan dan pertuturan mereka.
Bagaimanakah saya boleh menguruskan penggunaan teknologi anak saya dan memastikan keselamatan mereka dalam talian?
-
Amalkan tabiat digital yang sihat
Gunakan aplikasi Family Link untuk menetapkan peraturan asas digital untuk membantu membimbing anak anda semasa mereka belajar, bermain dan melayari sumber dalam talian.
-
Bantu kanak-kanak memahami cara menjaga keselamatan mereka dalam talian
Gunakan sumber keluarga Be Internet Awesome untuk mendidik murid mengenai cara menjadi pengguna Internet yang lebih selamat dan yakin dalam talian.
-
Layari dunia digital bersama
Kami telah menghasilkan panduan khas untuk memulakan perbualan positif dan mengenal pasti tabiat sihat yang harus diamalkan semasa melayari Internet
-
Belajarlah keselamatan dalam talian dengan Interland
Bantu kanak-kanak memahami asas penggunaan teknologi yang bertanggungjawab dan keselamatan dalam talian dengan permainan interaktif.
Di manakah saya boleh mendapatkan lebih banyak sumber untuk menyokong pembelajaran anak saya?
-
Pilih pengembaraan seronok untuk keluarga anda
Temuilah fakta menarik, aktiviti seronok dan kisah yang menarik untuk dipelajari bersama dengan Google Arts and Culture.
-
Dapatkan sumber-sumber pembelajaran untuk keluarga
Ibu bapa dan penjaga boleh mencari isi kandungan dan aktiviti pembelajaran tambahan di YouTube.
-
Cuba aktiviti pengaturcaraan dan "coding" yang menyeronokkan di rumah
Ibu bapa dan penjaga boleh menggunakan panduan ini untuk membantu kanak-kanak mengambil langkah pertama dengan CS First, kurikulum berasaskan video menarik yang mengajar asas sains komputer melalui aktiviti praktikal.
Bagaimana saya boleh berkomunikasi dengan sekolah anak saya?
-
Bacalah maklumat untuk penjaga daripada Classroom
Jika sekolah anak anda menggunakan Google Classroom, minta guru mereka untuk menyampaikan maklumat untuk penjaga supaya penjaga dapat menerima e-mel yang memberi gambaran keseluruhan tugasan anak-anak.
-
Aturkan panggilan dengan Google Meet
Anda dan anak anda boleh menjadualkan panggilan video dan audio dengan guru menggunakan Meet.
-
Menambahbaik pemahaman dengan Google Translate
Terjemahkan perbualan di telefon anda, atau gunakan kamera untuk menterjemahkan ayat, dokumen atau e-mel untuk berkomunikasi dalam bahasa lain.
-
Gunakan mod jurubahasa
Gunakan mod jurubahasa dalam Google Assistant untuk menterjemah perbualan antara bahasa pada telefon pintar anda.
Berhubung dengan komuniti tempatan anda
-
Webinar mingguan
Sertai kami untuk latihan produk maya dan webinar pembelajaran jarak jauh setiap minggu.
TURUT SERTA -
Komuniti Pendidik
Sertai Google Educator Group tempatan untuk berhubung dan berkongsi bersama individu lain di komuniti anda.
KETAHUI LEBIH LANJUT -
Waktu Pejabat Maya
Sertai perbualan #TeachFromHome dengan Waktu Pejabat Maya kami dan sembang Twitter mingguan.
SERTAI
Tentang Teach from Anywhere
Penutupan sekolah telah memberi impak kepada guru, murid dan ibu bapa di seluruh dunia. Pada masa ini, teknologi boleh membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh
Teach from Anywhere ialah inisiatif oleh Google untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh. Alatan kami tersedia tanpa sebarang bayaran dan selamat digunakan, direka khas untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran bersama - di mana sahaja, pada bila-bila masa, pada sebarang peranti, supaya pendidikan boleh diteruskan, tanpa sebarang halangan.
Rakan usahasama kami
-
Arus Academy
Arus menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bertujuan untuk mengukuhkan kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam kalangan generasi masa hadapan.
Klik -
Eduspec Holdings
Untuk murid, untuk masa depan
Klik -
SOLS 24/7
Platform percuma yang menawarkan kelas atas talian bersijil untuk guru-guru
Klik -
Rumahkod
Pertubuhan RUMAHKOD merupakan organisasi sukarela berdaftar yang menyediakan platform perkongsian ilmu serta kepakaran berkaitan teknologi pendidikan dalam pembelajaran.
Klik -
Edidik Malaysia
Sertai Edidik untuk meningkatkan penguasaan pelantar pembelajaran secara dalam talian. Perkongsian demi perkongsian diusahakan untuk menjadikan guru-guru Malaysia dapat menggunakan setiap aplikasi Google untuk pembelajaran dengan pantas.
Klik -
iTrain
iTrain berfokus terhadap memastikan anak muda di Malaysia dilengkapi dengan kemahiran digital yang diperlukan oleh kerjaya masa depan
Klik -
Chumbaka
Misi Chumbaka adalah untuk mebudayakan sifat "maker" atau pencipta di sekolah, di samping memberi pendidikan STEM yang dapat diakses oleh semua murid
Klik