Kawal main auto untuk video dalam app Apple TV
Anda boleh memilih sama ada untuk memulakan episod seterusnya atau memainkan kandungan disyorkan secara automatik dalam app Apple TV.
Pergi ke app Apple TV pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Mainkan episod seterusnya secara automatik: Aktifkan atau nyahaktifkan Main Episod Seterusnya.
Mainkan kandungan disyorkan secara automatik selepas menonton siri, filem atau acara sukan: Aktifkan atau nyahaktifkan Mainkan Pengesyoran.