Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar seting dalam app Apple TV pada Mac
Gunakan seting app Apple TV untuk menukar pilihan bagi pustaka media, main balik anda dan banyak lagi.
Dalam app Apple TV pada Mac anda, pilih TV > Seting, kemudian klik mana-mana yang berikut:
Umum: Setkan sama ada filem dan rancangan anda dimuat turun, tersedia merentas peranti dan banyak lagi.
Main Balik: Pilih pilihan untuk kualiti penstriman, kualiti muat turun, audio berbilang saluran dan banyak lagi.
Fail: Setkan dan susun folder Media anda.
Lanjutan: Reset pilihan untuk melupakan kawalan jauh, kosongkan cache, kosongkan sejarah main dan banyak lagi.
Untuk mengetahui tentang pilihan dalam anak tetingkap, klik di bahagian bawah anak tetingkap.