Gunakan Siri untuk mencari pada Apple TV
Siri pada Apple TV membantu anda mencari filem dan rancangan TV untuk ditonton, muzik dan podcast untuk didengari dan app untuk dimuat turun dengan cepat.
Petua: Siri memahami pelbagai frasa dan istilah carian melangkaui perkara yang disenaraikan di bawah. Cuba pertanyaan berbeza dan lihat perkara yang anda boleh cari.
Dapatkan pengesyoran berdasarkan suara anda
Apabila anda menyediakan pengecaman suara, anda boleh menggunakan Siri untuk menerima pengesyoran diperibadikan atau untuk menukar profil jika anda menambah berbilang pengguna ke Apple TV.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Apakah yang patut saya tonton?”
“Mainkan muzik saya”
“Tukar ke profil saya”
Cari filem, rancangan TV dan app
Siri boleh mencari filem dan rancangan TV berdasarkan pelbagai jenis kriteria—termasuk tajuk, topik, genre, pelakon, pengarah, kesesuaian umur dan banyak lagi.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Cari ‘Hidden Figures’”
“Mainkan Episod 3 Musim 1 Homeland”
“Tunjukkan saya komedi popular”
“Cari filem yang dibintangi oleh Bront Palarae”
“Cari dokumentari tentang kereta”
“Carikan saya filem dalam 4K”
“Tonton drama hebat”
“Carikan saya beberapa rancangan TV yang bagus untuk kanak-kanak”
“Cari filem seram komedi”
Petua: Anda boleh menggabungkan istilah carian seperti “lucu” dan “seram” untuk membataskan hasil anda.
Cari podcast
Anda boleh mencari podcast dengan khusus dengan menyertakan “podcast” dalam pertanyaan anda.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Dapatkan podcast kelakar”
“Cari podcast tentang pendidikan”
“Mainkan podcast ‘Radiolab’”
Apple TV mula bermain episod semasa dengan segera jika ia tersedia.
Cari app untuk dimuat turun
Anda boleh mencari app mengikut nama atau kategori.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Cari Crossy Road”
“Cari app cuaca”
“Tunjukkan saya beberapa app sukan”
Cari dalam app khusus
Anda juga boleh mencari secara terus dalam banyak app. Contohnya, anda boleh mencari item pada YouTube dengan menyertakan “YouTube” dalam permintaan Siri anda. Siri membuka app YouTube (atau menggesa anda untuk memasangnya) dan menambah permintaan anda ke skrin cariannya secara automatik.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Cari Coldplay di YouTube”
“Tunjukkan saya seni untuk kanak-kanak di YouTube”
“Cari Minecraft di YouTube”
Untuk mendapatkan senarai app yang serasi dengan Siri, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Cari pada Apple TV anda.