Tukar seting Kata Laluan pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Kata Laluan untuk melihat, menambah, atau mengedit nama pengguna dan kata laluan atau kunci laluan yang anda simpan untuk tapak web.
Untuk menukar seting ini dalam app Kata Laluan pada Mac anda, pilih Kata Laluan > Seting.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tunjukkan akaun sebagai | Pilih untuk menunjukkan tapak web sebagai tajuk atau URL syarikat semasa melihat butiran akaun dalam Kata Laluan. | ||||||||||
Tunjukkan Kata Laluan dalam Bar Menu | Letakkan pintasan ke versi mini app Kata Laluan dalam bar menu. | ||||||||||
Kesan Kata Laluan Diceroboh | Terima isyarat jika mana-mana kata laluan anda kelihatan dalam kebocoran data yang diketahui. | ||||||||||
Cadangkan Kata Laluan Kukuh | Dapatkan cadangan untuk kata laluan kukuh semasa mencipta atau menukar kata laluan untuk tapak web dalam Safari. | ||||||||||
Cipta Kunci Laluan Secara Automatik | Benarkan tapak web dan app untuk menaik taraf akaun anda bagi menggunakan kunci laluan. |