Cipta keutamaan identiti dalam Akses Rantai Kunci pada Mac
Sesetengah tapak web selamat atau pelayan e-mel mungkin memerlukan anda menggunakan sijil klien untuk mengenal pasti diri anda sebagai sebahagian daripada keselamatan log masuk mereka. Jika anda menggunakan berbilang sijil klien, anda boleh mencipta keutamaan identiti yang menentukan sijil untuk digunakan apabila anda log masuk supaya anda tidak perlu memilihnya setiap kali.
Cipta keutamaan identiti baru
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, pilih “log masuk” dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Sijil Saya dalam senarai Kategori.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Pilih sijil identiti yang anda mahu gunakan dan pilih Fail > Keutamaan Identiti Baru.
Pilih Fail > Keutamaan Identiti Baru, klik menu timbul Sijil, kemudian pilih sijil yang anda mahu gunakan.
Dalam kotak Lokasi atau Alamat E-mel, masukkan lokasi (URL) atau alamat e-mel yang memerlukan sijil.
Klik Tambah.
Untuk menyemak keutamaan identiti yang anda telah cipta, klik tajuk lajur Jenis semasa anda melihat sijil anda, kemudian cari “keutamaan identiti” dalam lajur Jenis.
Keluarkan keutamaan identiti
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, pilih “log masuk” dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Semua Item dalam senarai Kategori.
Klik tajuk lajur Jenis untuk mengisih semua item mengikut jenis, kemudian skrol ke bawah sehingga anda melihat keutamaan identiti anda disenaraikan.
Pilih keutamaan identiti dan tekan Delete, kemudian klik Padam.