Urus storan iCloud pada komputer Windows anda
Dengan iCloud untuk Windows, anda boleh menyemak jumlah storan iCloud anda yang tersedia dan ubah pelan storan anda.
Semak jumlah storan yang tersedia
Pada komputer Windows anda, buka iCloud untuk Windows, kemudian tatal ke bawah ke graf bar untuk melihat penggunaan storan keseluruhan anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mana‑mana segmen graf bar, tahan penuding di atas segmen tersebut sehingga nama segmen dan saiz storan dalam bentuk angka muncul di sebelah atas graf itu.
Klik Urus untuk butiran lebih lanjut.
Di sebelah kiri, anda melihat senarai app dan ciri serta jumlah storan iCloud yang digunakan oleh app dan ciri tersebut. App dan ciri yang menggunakan paling banyak storan terletak di bahagian atas senarai. Anda boleh mengklik app atau ciri untuk maklumat lanjut.
Tukar pelan storan iCloud anda
Pada komputer Windows anda, buka iCloud untuk Windows, tatal ke bawah ke graf bar, kemudian klik Urus.
Klik Tambah Storan atau Tukar Pelan Storan.
Lakukan salah satu yang berikut:
Naik Taraf: Pilih amaun storan, kemudian ikut arahan pada skrin.
Turun taraf: Klik Pilihan Turun Taraf, masukkan kata laluan Akaun Apple anda, pilih jumlah storan, kemudian klik Selesai.
Apabila anda menurun taraf pelan storan iCloud anda, storan yang berkurang akan dilihat selepas langganan bulanan atau tahunan semasa anda tamat.