Pintasan dan gerak isyarat papan kekunci dalam Cari pada Mac
Dalam app Cari pada Mac, anda boleh melaksanakan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci dan gerak isyarat. Lihat pintasan dan gerak isyarat di bawah, serta pintasan papan kekunci dalam menu Cari dalam bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Bar sisi
Tindakan | Pintasan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dapatkan akses cepat kepada tindakan (seperti Mainkan Bunyi atau Arah) | Control-klik orang, peranti atau item | ||||||||||
Tukar ke senarai Orang | Command-1 | ||||||||||
Tukar ke senarai Peranti | Command-2 | ||||||||||
Bertukar ke senarai Item | Command-3 |
Peta
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gerak ke atas atau ke bawah, ke kiri atau ke kanan | Tekan dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret peta itu Pada trackpad, anda juga boleh menyeret menggunakan dua jari | ||||||||||
Putar peta | Klik dan tahan kompas semasa anda menyeretnya ke kiri atau ke kanan, atau ke atas atau ke bawah Pada trackpad, putarkan menggunakan dua jari | ||||||||||
Condongkan peta | Klik 3D, kemudian seret gelangsar di penjuru kanan bawah peta | ||||||||||
Zum masuk | Dwiklik peta Command-Tanda Tambah (+) Pada trackpad, cubit buka dua jari | ||||||||||
Zum keluar | Command-Tanda Tolak (-) Pada trackpad, cubit tutup dua jari |
Umum
Tindakan | Pintasan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kongsi Lokasi Saya | Shift-Command-L | ||||||||||
Sembunyikan Cari | Command-H | ||||||||||
Sembunyikan semua kecuali Cari | Option-Command-H | ||||||||||
Keluar daripada Cari | Command-Q | ||||||||||
Tutup tetingkap Cari | Command-W | ||||||||||
Minimumkan tetingkap | Command-M | ||||||||||
Masuk atau keluar paparan skrin penuh | Control-Command-F |