Perkhidmatan pengiklanan Google sedang bereksperimen dengan cara baharu untuk menyokong penyampaian dan pengukuran pengiklanan digital melalui cara yang lebih berkesan dalam melindungi privasi orang ramai dalam talian melalui inisiatif Privacy Sandbox pada Chrome dan Android. Pengguna yang telah mendayakan tetapan Privacy Sandbox yang berkaitan dalam Chrome atau Android mungkin melihat iklan berkaitan daripada perkhidmatan pengiklanan Google berdasarkan data Topik atau Khalayak Dilindungi yang disimpan pada penyemak imbas atau peranti mudah alih mereka. Perkhidmatan pengiklanan Google juga mungkin mengukur prestasi iklan menggunakan data Pelaporan Atribusi yang disimpan pada penyemak imbas atau peranti mudah alih mereka. Maklumat lanjut tentang Privacy Sandbox.
Cara Google menggunakan maklumat daripada tapak atau apl yang menggunakan perkhidmatan kami
Banyak tapak web dan apl menggunakan perkhidmatan Google untuk meningkatkan kandungan mereka dan memastikannya percuma. Apabila mereka menyepadukan perkhidmatan kami, tapak dan apl ini berkongsi maklumat dengan Google.
Contohnya, apabila anda melawati tapak web yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan seperti AdSense, mengandungi alatan analitis seperti Analitis Google atau membenamkan kandungan video daripada YouTube, penyemak imbas anda menghantar maklumat tertentu kepada Google secara automatik. Maklumat ini merangkumi URL halaman yang anda lawati dan alamat IP anda. Kami mungkin JUGA {@}menetapkan kuki pada penyemak imbas anda{@} atau membaca kuki yang sudah sedia ada. Apl yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan Google turut berkongsi maklumat dengan Google, seperti nama apl dan pengecam unik untuk pengiklanan.
Google menggunakan maklumat yang dikongsi oleh tapak dan apl untuk menyampaikan perkhidmatan kami, menyenggara dan meningkatkan perkhidmatan, membangunkan perkhidmatan baharu, mengukur keberkesanan pengiklanan, melindungi daripada penipuan dan penyalahgunaan serta memperibadikan kandungan dan iklan yang anda lihat di Google dan tapak serta apl rakan kongsi kami. Lihat Dasar Privasi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami memproses data bagi setiap tujuan ini dan halaman Pengiklanan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang iklan Google, cara maklumat anda digunakan dalam konteks pengiklanan dan tempoh masa Google menyimpan maklumat ini.
Dasar Privasi menerangkan asas perundangan yang digunakan oleh Google untuk memproses maklumat anda — contohnya, kami mungkin memproses maklumat anda dengan persetujuan anda atau untuk melaksanakan kepentingan sah seperti menyediakan, mengekalkan dan meningkatkan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pengguna kami.
Kadangkala, semasa memproses maklumat yang dikongsi dengan kami oleh tapak dan apl, tapak dan apl tersebut akan meminta persetujuan anda sebelum membenarkan Google memproses maklumat anda. Contohnya, sepanduk boleh muncul pada tapak yang meminta persetujuan untuk Google memproses maklumat yang dikumpulkan oleh tapak tersebut. Apabila hal itu berlaku, kami akan menghormati tujuan yang dijelaskan dalam persetujuan yang anda berikan pada tapak atau apl dan bukannya asas perundangan yang dijelaskan dalam Dasar Privasi Google. Jika anda ingin menukar atau menarik balik persetujuan anda, anda harus melawat tapak atau apl yang dimaksudkan untuk berbuat demikian.
Pemperibadian iklan
Jika pemperibadian iklan dihidupkan, Google akan menggunakan maklumat anda untuk menjadikan iklan anda lebih berguna kepada anda. Contohnya, tapak web yang menjual basikal bukit mungkin menggunakan perkhidmatan iklan Google. Selepas anda melawati tapak tersebut, anda dapat melihat iklan untuk basikal bukit di tapak lain yang menyiarkan iklan yang disampaikan oleh Google.
Jika pemperibadian iklan dimatikan, Google tidak akan mengumpulkan atau menggunakan maklumat anda untuk membuat profil iklan atau memperibadikan iklan yang dipaparkan oleh Google kepada anda. Anda masih akan melihat iklan, tetapi iklan tersebut mungkin tidak begitu berguna. Iklan mungkin masih berdasarkan topik tapak web atau apl yang anda lihat, istilah carian semasa anda atau pada lokasi umum anda, tetapi bukan pada minat, sejarah carian atau sejarah penyemakan imbas anda. Maklumat anda masih boleh digunakan untuk tujuan lain yang dinyatakan di atas, seperti untuk mengukur keberkesanan iklan dan melindungi daripada penipuan dan penyalahgunaan.
Apabila anda berinteraksi dengan tapak web atau apl yang menggunakan perkhidmatan Google, anda mungkin diminta untuk memilih sama ada anda mahu melihat iklan diperibadikan daripada penyedia iklan, termasuk Google. Tanpa mengira pilihan anda, Google tidak akan memperibadikan iklan yang anda lihat jika tetapan pemperibadian iklan anda dimatikan atau akaun anda tidak layak untuk iklan diperibadikan.
Anda boleh melihat dan mengawal maklumat yang kami gunakan untuk menunjukkan iklan kepada anda dengan melawati tetapan iklan anda.
Cara anda boleh mengawal maklumat yang dikumpul oleh Google di tapak dan apl ini
Berikut ialah beberapa cara anda boleh mengawal maklumat yang dikongsi oleh peranti anda apabila anda melawati atau berinteraksi dengan tapak dan apl yang menggunakan perkhidmatan Google:
- Tetapan Iklan membantu anda mengawal iklan yang anda lihat pada perkhidmatan Google (seperti Carian Google atau YouTube) atau di tapak web dan apl bukan Google yang menggunakan perkhidmatan iklan Google. Anda juga boleh mengetahui cara iklan diperibadikan, menarik diri daripada pemperibadian iklan dan menyekat pengiklan tertentu.
- Jika anda log masuk ke Akaun Google dan bergantung pada tetapan Akaun anda, Aktiviti Saya membenarkan anda menyemak dan mengawal data yang dihasilkan apabila anda menggunakan perkhidmatan Google termasuk maklumat yang kami kumpul daripada tapak dan apl yang telah anda lawati. Anda boleh menyemak imbas mengikut tarikh dan topik serta memadamkan sebahagian atau kesemua aktiviti anda.
- Banyak tapak web dan apl menggunakan Analitis Google untuk memahami cara pelawat berinteraksi dengan tapak atau apl mereka. Jika anda tidak mahu Analitis digunakan dalam penyemak imbas, anda boleh pasang alat tambah penyemak imbas Analitis Google. Ketahui lebih lanjut tentang Analitis Google dan privasi.
- Mod Inkognito dalam Chrome membolehkan anda menyemak imbas web tanpa merekodkan halaman web dan fail dalam sejarah penyemak imbas atau Akaun anda (melainkan anda memilih untuk log masuk). Kuki dipadamkan selepas anda menutup semua tetingkap dan tab inkognito. Penanda halaman dan tetapan anda disimpan sehingga anda memadamkannya. Ketahui lebih lanjut tentang kuki. Menggunakan mod Inkognito dalam Chrome atau penyemakan imbas peribadi lain tidak menghalang pengumpulan data apabila anda melawati laman web yang menggunakan perkhidmatan Google dan Google masih boleh mengumpulkan data apabila anda melawati laman web menggunakan penyemak imbas ini.
- Banyak penyemak imbas, termasuk Chrome, membenarkan anda menyekat kuki pihak ketiga. Anda turut boleh mengosongkan sebarang kuki yang sedia ada dari dalam penyemak imbas anda. Ketahui lebih lanjut tentang mengurus kuki dalam Chrome.