Pergi ke kandungan

Geologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4924025 pada 02:01, 27 Oktober 2020 oleh Chongkian (bincang | sumb.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Geologi (dari bahasa Greek γη- (ge-, "bumi") dan λογος (logos, "kata", "sebab")) merupakan sains dan kajian mengenai bumi; komposisi, struktur, bentuk fizikal, sejarah dan proses pembentukannya.

Ahli geologi telah membantu dalam menentukan umur Bumi yang dianggarkan sekitar 4.5 billion (4.5x109) tahun, dan menentukan bahwa kerak bumi terpecah menjadi plat tektonik yang bergerak di atas mantel yang setengah cair (astenosfera) melalui proses yang sering disebut tektonik plat. Ahli geologi membantu mencari dan mengatur sumber daya alam yang ada di bumi, seperti petroleum, batu arang, dan juga logam seperti besi, tembaga, dan uranium serta mineral lainnya yang memiliki nilai ekonomi, seperti asbestos, perlit, mika, fosfat, zeolit, tanah liat, pumis, kuartz, dan silika, dan juga elemen lainnya seperti belerang, klorin, dan helium.