Sesuaikan pengalaman membaca anda pada Chrome dengan Mod membaca. Ciri ini terletak dalam Panel sisi dan membantu anda:
- Fokus pada teks dengan lebih mudah
- Mengurangkan gangguan daripada imej dan video pada skrin
- Memilih rupa huruf dan saiz fon alternatif
- Melaraskan penjarakan huruf dan ayat
- Memilih warna latar
Penting: Tetapan tersebut hanya digunakan pada teks yang mahu anda baca dalam panel sisi. Tetapan tersebut tidak akan digunakan pada mana-mana kandungan lain dalam Chrome atau laman web umum.
Urus Mod membaca
Apabila anda menggunakan Mod membaca dalam Panel sisi, anda boleh melaraskan tetapan fon untuk pembacaan yang lebih mudah.
- Buka Chrome pada komputer anda.
- Akses laman web dengan teks yang mahu anda baca.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, pilih Lagi Lagi alatan Mod membaca.
- Dalam bahagian "Mod membaca", gunakan bar alat untuk:
- Melaraskan fon: Pilih anak panah ke Bawah .
- Melaraskan saiz fon: Pilih untuk meningkatkan saiz fon dan untuk mengurangkan saiz fon.
- Menukar warna latar Mod membaca: Pilih .
- Menukar penjarakan antara ayat: Pilih .
- Menukar penjarakan antara huruf: Pilih .
Petua: Untuk menyematkan Mod membaca, pada bahagian atas sebelah kanan panel sisi, pilih Sematkan pada bar alat .