Buka PDF dan imej dalam Pratonton pada Mac
Terdapat beberapa cara untuk membuka PDF dan imej dalam Pratonton pada Mac anda.
Buka fail daripada Pratonton
Pergi ke app Pratonton pada Mac anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Pilih Fail > Buka, cari dan pilih satu atau lebih fail untuk dibuka, kemudian klik Buka.
Jika anda bekerja pada fail baru-baru ini, pilih Fail > Buka Terbaharu.
Buka fail daripada Finder atau desktop anda
Pergi ke Finder atau desktop anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Dwiklik fail PDF atau imej untuk membukanya dalam app Pratonton.
Pilih satu atau lebih fail, kemudian pilih Fail > Buka dengan > Pratonton.
Petua: Untuk membuka dokumen dalam iCloud Drive, klik iCloud Drive dalam bar sisi Finder, kemudian dwiklik PDF untuk membukanya. Lihat Simpan fail dalam iCloud Drive.
Jika anda membuka berbilang fail pada masa yang sama, anda boleh setkan fail untuk dibuka dalam tetingkap Pratonton yang sama atau dibuka dalam tab.