Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Halang lagu daripada bermain dalam Muzik pada Mac
Anda boleh mengesetkan Muzik untuk mengabaikan sesetengah lagu dalam pustaka anda dan jangan mainkannya.
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Klik Lagu di bawah Pustaka dalam bar sisi.
Nyahpilih kotak semak bersebelahan lagu.
Jika kotak semak di sebelah kiri tajuk lagu tidak dipaparkan, pilih Muzik > Seting, klik Umum, kemudian pastikan “Kotak semak senarai lagu” dipilih. Lihat Tukar seting Umum.
Penting: Menyahpilih kotak semak lagu mengeluarkan tanda semak daripada lagu dalam semua senarai main.