Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah kesan skrin penuh dan gelembung pada Mac
Anda boleh menambahkan kesan khas ke mesej anda—animasi skrin penuh seperti bunga api, belon atau konfeti; kesan gelembung seperti slam atau gema; atau kesan interaktif, seperti dakwat halimunan yang rakan anda perlu leretkan untuk membaca teks anda.
Pergi ke app Mesej pada Mac anda.
Pilih perbualan.
Masukkan mesej anda dalam medan di bahagian bawah tetingkap.
Klik , klik , kemudian klik kesan.
Apabila anda memilih kesan, anda melihat pratontonnya.
Untuk menghantarnya, tekan Return pada papan kekunci anda atau klik .