Pergi ke kandungan

Super Bowl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketibaan pasukan New England Patriots semasa acara Super Bowl ke-46 di Stadium Lucas Oil, Indianapolis, Indiana

Super Bowl ialah kejohanan tahunan sukan bola sepak Amerika anjuran National Football League (NFL) dimainnkan pada awal bulan Februari, ia merupakan kemuncak kepada musim perlawanan yang dilangsungkan dari lewat musim panas tahun sebelumnya.

Kejuaraan ini merupakan antara acara sukan paling ditonton seluruh dunia, malah ia merupakan acara tahunan kedua paling ditonton mengikut penduduk selepas Liga Juara-Juara UEFA.[1] Tontonan ia yang sangat banyak se-Amerika Syarikat menjadikan ia tumpuan paling hebat para pengiklan yang membelanjakan jutaan dolar menghasilkan iklan paling menonjol untuk produk-produk jenama besar yang menjadi bahan bualan penonton[2] serta juga persembahan dari pemuzik dan penyanyi terkenal pada persembahan separuh masa (halftime ceremony)

Pemenang Super Bowl ini diberikan Piala Vince Lombardi - piala tersebut memperingati pemergian pelatih pasukan Green Bay Packers yang menang berturut-turut dalam dua pertandingan Super Bowl yang pertama bulan September 1970. Pasukan-pasukan New England Patriots dan Pittsburgh Steelers merupakan juara terbanyak kejohanan ini masing-masing dengan enam kali kemenangan, pasukan The Patriots tampil dalam kejohanan ini sebanyak 11 kali.

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]
Penyanyian lagu kebangsaan Amerika Syarikat oleh Lady Gaga semasa upacara pembukaan acara Super Bowl ke-50

Pemasaran

[sunting | sunting sumber]

Meskipun nama perlawanan ini diketahui umum, NFL sangat mengawal ketat penggunaan nama kejohanan ini selain "Super Bowl" dan "Super Sunday" yang sudah menjadi tanda dagang pertubuhan ini;[3] oleh itu, sebarang promosi dan acara yang berkaitan dengan kejohanan ini namun tidak mendapat kebenaran rasmi NFL sering menggunakan istilah lebih umum untuk menerangkan tujuan ini seperti The Big Game ("Perlawanan Raya").[4][5]

Kejohanan ini sering dinomborkan dengan angka Rumi kecuali pada temasya ke-50 tahun 2015 yang dilangsungkan di Santa Clara, California.

Persembahan separuh masa

[sunting | sunting sumber]

Slot ini diberikan dalam tempoh selama 30 minit antara dua separuh masa perlawanan diadakan. Acara ini mula menjadi masyhur dengan adanya artis dan pemuzik melakukan persembahan sebelum perlawanan diadakan mahupun untuk menyanyikan lagu kebangsaan dalam upacara pembukaan semata-mata.[6]

Hal ini memuncak semasa temasya Super Bowl XXVI tahun 1991 apabila pihak NFL mengundang Michael Jackson membuat persembahan di sana; ia menarik lebih banyak tontonan terhadap persembahan tersebut berbanding perlawanan sukan asal[7][8] sehinggakan sudah menjadi kebiasaan untuk artis terkenal melakukan kemunculan hebat mereka setiap tahun.

Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Setelah National Football League atau NFL didirikan pada tahun 1920, NFL selalu berhasil menyingkirkan liga-liga saingan hingga hadir saingan kuat berupa American Football League (AFL) pada tahun 1960. Pada tahun 1966, perseteruan antara NFL dan AFL, termasuk saling rebut pemain dan penggemar menyebabkan kedua belah pihak mulai berunding untuk melakukan merger. Perundingan berakhir dengan pengumuman merger NFL dan AFL pada 8 Juni 1966.

Salah satu syarat penggabungan NFL dan AFL adalah pertandingan antarjuara masing-masing liga untuk menentukan "juara dunia sepak bola Amerika". Dalam diskusi yang membicarakan rincian pertandingan berlangsung, pendiri AFL dan pemilik Kansas City Chiefs yang bernama Lamar Hunt dengan bercanda menyebut pertandingan istimewa ini sebagai "Super Bowl". Hunt mendapat ide nama ini dari bola Super Ball yang dimainkan anak-anaknya;[9] bola tersebut sekarang dipamerkan di museum Pro Football Hall of Fame yang terletak Canton, Ohio. Nama Super Bowl ternyata cocok dengan nama pertandingan sepak bola Amerika antarperguruan tinggi yang sejak dulu sudah disebut "bowl game". Istilah bowl game diambil dari nama stadion Rose Bowl di Pasadena, California yang memang berbentuk seperti mangkuk.

Setelah pasukan NFL Green Bay Packers menang telak berturut-turut dalam dua pertandingan Super Bowl, beberapa pemilik pasukan kuatir dengan nasib penggabungan AFL dan NFL. Kekuatiran ini berlangsung hingga pasukan AFL New York Jets berhasil mengalahkan pasukan NFL Baltimore Colts dalam pertandingan Super Bowl III in Miami. Tahun berikutnya pasukan AFL Kansas City Chiefs mengalahkan pasukan NFL Minnesota Vikings 23-7 untuk memenangkan Super Bowl IV di New Orleans. Pertandingan ini sekaligus merupakan pertandingan terakhir yang dimainkan antarjuara liga.

Setelah NFL dan AFL bergabung menjadi satu di musim perlawanan NFL 1970, 3 pasukan NFL bergabung dengan 10 pasukan AFL untuk membentuk divisi yang disebut AFC (American Football Conference). Sementara itu, 13 pasukan sisanya membentuk NFC (National Football Conference). Setelah AFC dan NFC terbentuk, pertandingan Super Bowl dilangsungkan antara juara AFC dan NFC yang masing-masing juara ditentukan dengan pertandingan playoff NFL. Sampai Super Bowl XL, pasukan yang dulunya bergabung dengan AFL telah memenangkan 12 kali Super Bowl, sedangkan 26 kemenangan berhasil dicatat pasukan yang sebelum tahun 1970 sudah menjadi anggota NFL.

Komisaris NFL waktu itu yang bernama Pete Rozelle sering dianggap otak perencana merger AFL-NFL dan pengasas Super Bowl. Majalah Time menghargai jasa-jasa Pete Rozelle sebagai 100 orang terpenting pada abad ke-20.

Senarai kejohanan

[sunting | sunting sumber]
Super Bowl yang terletak di Amerika Syarikat
Miami Metro Area
Miami Metro Area
New Orleans
New Orleans
L.A. Metro Area
L.A. Metro Area
Tampa
Tampa
San Diego
San Diego
Houston
Houston
Detroit Metro
Detroit Metro
Atlanta
Atlanta
Phoenix Metro Area
Phoenix Metro Area
Minneapolis
Minneapolis
Jacksonville
Jacksonville
S.F. Bay Area
S.F. Bay Area
Dallas‑Fort Worth
Dallas‑Fort Worth
Indianapolis
Indianapolis
N.Y. Metro Area
N.Y. Metro Area
Super Bowl host cities/regions

Sebanyak 15 kawasan atau rantau se-Amerika Syarikat telah mengadakan kejohanan ini.

Kota/rantau Bil. kali
mengacara
Bil. tahun
mengacara
Metropolis Miami 11 1968, 1969, 1971, 1976, 1979, 1989, 1995, 1999, 2007, 2010, 2020
New Orleans 10 (11)ˇ[›] 1970, 1972, 1975, 1978, 1981, 1986, 1990, 1997, 2002, 2013, 2024ˇ[›]
Metropolis Los Angeles 7 (8)ˇ[›] 1967, 1973, 1977, 1980, 1983, 1987, 1993, 2022ˇ[›]
Tampa 4 (5)ˇ[›] 1984, 1991, 2001, 2009, 2021ˇ[›]
Metropolis Phoenix 3 (4) 1996, 2008, 2015, 2023ˇ[›]
San Diego 3 1988, 1998, 2003
Houston 3 1974, 2004, 2017
Atlanta 3 1994, 2000, 2019
Metro Detroit 2 1982, 2006
San Francisco Bay Area 2 1985, 2016
Minneapolis 2 1992, 2018
Jacksonville 1 2005
Dallas–Fort Worth Metroplex 1 2011
Indianapolis 1 2012
Metropolis New York 1 2014

Keputusan kejohanan

[sunting | sunting sumber]

AFL-NFL World Championships

[sunting | sunting sumber]
National Football League American Football League
Kejuaraan Tarikh Pasukan menang Skor akhir Pasukan kalah Stadium Kota
I January 15, 1967 Green Bay Packers (1) 35-10 Kansas City Chiefs Los Angeles Memorial Coliseum (1) Los Angeles (1)*
II January 14, 1968 Green Bay Packers (2) 33-14 Oakland Raiders Miami Orange Bowl (1) Miami (1)**
III January 12, 1969 New York Jets (1) 16-7 Baltimore Colts Miami Orange Bowl (2) Miami (2)**
IV January 11, 1970 Kansas City Chiefs (1) 23-7 Minnesota Vikings Tulane Stadium (1) New Orleans (1)

NFL Championships

[sunting | sunting sumber]
American Football Conference (AFC) National Football Conference (NFC)
Kejuaraan Tarikh Pasukan menang Skor akhir Pasukan kalah Stadium Kota
V January 17, 1971 Baltimore Colts 16-13 Dallas Cowboys Miami Orange Bowl (3) Miami (3)**
VI January 16, 1972 Dallas Cowboys (1) 24-3 Miami Dolphins Tulane Stadium (2) New Orleans (2)
VII January 14, 1973 Miami Dolphins (1) 14-7 Minnesota Vikings Los Angeles Memorial Coliseum (2) Los Angeles (2) *
VIII January 13, 1974 Miami Dolphins 24-7 Washington Redskins (1) Rice Stadium (1) Houston (1)
IX January 12, 1975 Pittsburgh Steelers (1) 16-6 Minnesota Vikings Tulane Stadium (3) New Orleans (3)
X January 18, 1976 Pittsburgh Steelers (2) 21-17 Dallas Cowboys Miami Orange Bowl (4) Miami (4)**
XI January 9, 1977 Oakland Raiders (1) 32-14 Minnesota Vikings Rose Bowl Stadium (1) Pasadena (3)*
XII January 15, 1978 Dallas Cowboys (2) 27-10 Denver Broncos Louisiana Superdome (1) New Orleans (4)
XIII January 21, 1979 Pittsburgh Steelers (3) 35-31 Dallas Cowboys Miami Orange Bowl (5) Miami (5)**
XIV January 20, 1980 Pittsburgh Steelers (4) 31-19 Los Angeles Rams Rose Bowl Stadium (2) Pasadena (4) *
XV January 25, 1981 Oakland Raiders (2) 27-10 Philadelphia Eagles Louisiana Superdome (2) New Orleans (5)
XVI January 24, 1982 San Francisco 49ers (1) 26-21 Cincinnati Bengals Pontiac Silverdome (1) Pontiac (1)*
XVII January 30, 1983 Washington Redskins (1) 27-17 Miami Dolphins Rose Bowl Stadium (3) Pasadena (5)*
XVIII January 22, 1984 Los Angeles Raiders (3) 38-9 Washington Redskins Tampa Stadium (1) Tampa (1)
XIX January 20, 1985 San Francisco 49ers (2) 38-16 Miami Dolphins Stanford Stadium (1) Stanford (1)*
XX January 26, 1986 Chicago Bears (1) 46-10 New England Patriots Louisiana Superdome (3) New Orleans (6)
XXI January 25, 1987 New York Giants (1) 39-20 Denver Broncos (1) Rose Bowl Stadium (4) Pasadena (6)*
XXII January 31, 1988 Washington Redskins (2) 42-10 Denver Broncos Jack Murphy Stadium (1)*** San Diego (1)
XXIII January 22, 1989 San Francisco 49ers (3) 20-16 Cincinnati Bengals Joe Robbie Stadium (1)*** Miami (6)**
XXIV January 28, 1990 San Francisco 49ers (4) 55-10 Denver Broncos Louisiana Superdome (4) New Orleans (7)
XXV January 27, 1991 New York Giants (2) 20-19 Buffalo Bills Tampa Stadium (2) Tampa (2)
XXVI January 26, 1992 Washington Redskins (4) 37-24 Buffalo Bills Metrodome (1) Minneapolis (1)
XXVII January 31, 1993 Dallas Cowboys (3) 52-7 Buffalo Bills Rose Bowl Stadium (5) Pasadena (7)*
XXVIII January 30, 1994 Dallas Cowboys (4) 30-13 Buffalo Bills Georgia Dome (1) Atlanta (1)
XXIX January 29, 1995 San Francisco 49ers (5) 49-26 San Diego Chargers Joe Robbie Stadium (2)*** Miami (7)**
XXX January 28, 1996 Dallas Cowboys (5) 27-17 Pittsburgh Steelers Sun Devil Stadium (1) Tempe (1)*
XXXI January 26, 1997 Green Bay Packers (3) 35-21 New England Patriots Louisiana Superdome (5) New Orleans (8)
XXXII January 25, 1998 Denver Broncos (1) 37-24 Green Bay Packers Qualcomm Stadium (2)*** San Diego (2)
XXXIII January 31, 1999 Denver Broncos (2) 34-19 Atlanta Falcons Pro Player Stadium (3)*** Miami (8)**
XXXIV January 30, 2000 St. Louis Rams (1) 23-16 Tennessee Titans Georgia Dome (2) Atlanta (2)
XXXV January 28, 2001 Baltimore Ravens (1) 35-7 New York Giants Raymond James Stadium (1) Tampa (3)
XXXVI February 3, 2002 New England Patriots (1) 20-17 St. Louis Rams Louisiana Superdome (6) New Orleans (9)
XXXVII January 26, 2003 Tampa Bay Buccaneers 49-21 Oakland Raiders (4) Qualcomm Stadium (3)*** San Diego (3)
XXXVIII February 1, 2004 New England Patriots (2) 32-29 Carolina Panthers Reliant Stadium (1) Houston (2)
XXXIX February 6, 2005 New England Patriots (3) 24-21 Philadelphia Eagles ALLTEL Stadium (1) Jacksonville (1)
XL February 5, 2006 Pittsburgh Steelers (5) 10-28 Seattle Seahawks Ford Field (1) Detroit (2)
XLI February 4, 2007 Indianapolis Colts 17-29 Chicago Bears (2) Dolphin Stadium (4)*** Miami Gardens (9)**
XLII February 3, 2008 New England Patriots(4) 21-17 New York Giants (3) University of Phoenix Stadium (1) Glendale (2)*
XLIII February 1, 2009 Pittsburgh Steelers (6) 27-23 Arizona Cardinals Raymond James Stadium (2) Tampa (4)
XLIV February 7, 2010 New Orleans Saints 31-17 Indianapolis Colts Sun Life Stadium (5)*** Miami Gardens (10)***
XLV February 6, 2011 Green Bay Packers 31-25 Pittsburgh Steelers Cowboys Stadium Arlington, Texas
XLVI February 5, 2012 New York Giants (4) 21-17 New England Patriots Lucas Oil Stadium Indianapolis, IN
XLVII February 3, 2013 Baltimore Ravens (2) 34-31 San Francisco 49ers Mercedes-Benz Superdome (7) New Orleans, Louisiana (10)
XLVIII February 2, 2014 Seattle Seahawks (1) 43-8 Denver Broncos Met-Life Stadium East Rutherford, NJ*
XLIX February 1, 2015 New England Patriots(5) 28-24 Seattle Seahawks (1) University of Phoenix Stadium (2) Glendale, Arizona (3)*
50 February 7, 2016 Denver Broncos 24-10 Carolina Panthers Levi's Stadium Santa Clara, California (2)*
LI February 5, 2017 New England Patriots (5) 34-28 Atlanta Falcons NRG Stadium (2) Houston (3)
LII February 4, 2018 Philadelphia Eagles (1) 41-33 New England Patriots US Bank Stadium (2) Minneapolis (3)
LIII February 3, 2019 New England Patriots (6) 13-3 Los Angeles Rams Mercedes-Benz Stadium (1) Atlanta (3)

Notes

* Both Los Angeles and Pasadena are in the Greater Los Angeles Area, Pontiac is a suburb of Detroit, and both Tempe and Glendale are suburbs of Phoenix, East Rutherford, New Jersey is in the New York City Metropolitan Area, and both Stanford and Santa Clara are in the San Francisco Bay Area
** Miami Gardens became a suburb of Miami in 2003. Before that, it was an unincorporated area of Miami-Dade County but the stadium had a Miami address.
*** Qualcomm Stadium was originally known as San Diego Stadium and Jack Murphy Stadium. Dolphin Stadium was originally Dolphin Stadium but was quickly changed to Joe Robbie Stadium then briefly Pro Player Park before changing to Pro Player Stadium, then went to Dolphins Stadium and finally back to Dolphin Stadium.
**** Super Bowl 50 is officially branded with the Arabic numeral "50" instead of the Roman numeral "L"
  1. ^ Harris, Nick (January 31, 2010). "Elite clubs on Uefa gravy train as Super Bowl knocked off perch". The Independent. London.
  2. ^ Commercials as big as game, Florida Today
  3. ^ 27, Ali Toumadj / January; Blog, 2014 / Comments Off on The Super–Trademark–Bowl / Daily; Trademark (January 28, 2014). "The Super–Trademark–Bowl".CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  4. ^ Gardner, Eriq (January 29, 2007). "Super Bowl, Super Trademarks: Protecting the NFL's IP". The Hollywood Reporter, Esq. Diarkibkan daripada yang asal pada July 1, 2007. Dicapai pada 4 Februari 2007.
  5. ^ Norfleet, Nicole (September 23, 2017). "Be careful with the phrase 'Super Bowl' in marketing; NFL has the trademark". Star Tribune. Dicapai pada February 4, 2018.
  6. ^ "2020 Super Bowl Sunday: When, Where, & More". www.nfl.com. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  7. ^ Sandomir, Richard (29 Jun 2009). "How Jackson Redefined the Super Bowl". The New York Times. Dicapai pada January 30, 2010.
  8. ^ "Goal of spectacle colors NFL's thinking about Super Bowl halftime show". Chicago Tribune. 6 Februari 2011. Dicapai pada 30 Januari 2013.
  9. ^ Rex W. Huppke (2007-01-30). "Legends of the Bowl" (html). Chicago Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-02. Dicapai pada 2007-01-31. Lamar Hunt, meninggal di bulan Desember, menciptakan istilah Super Bowl pada akhir tahun 1960-an setelah melihat anak-anaknya bermain Super Ball, bola yang mudah memantul produksi pabrik mainan Wham-O.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]