Pergi ke kandungan

Istana Kota Manggalela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Kota Manggalela
Pintu masuk utama istana Sunting nilai ini di Wikidata
Map
Nama alternatifIstana Manggalela Sunting nilai ini di Wikidata
Maklumat umum
JenisIstana Sunting nilai ini di Wikidata
Gaya seni binaSeni bina jajahan Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiKuala Belait, Daerah Belait
NegaraBrunei Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat4°35′49.14″N 114°15′6.22″E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermula1956 Sunting nilai ini di Wikidata
Butiran teknikal
BahanKonkritsimen Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Istana Kota Manggalela (juga dikenali sebagai Istana Manggalela)[1] atau dahulunya dikenali sebagai Istana Hinggap adalah salah satu kediaman rasmi sementara bagi Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang terdahulu, Omar Ali Saifuddien III.[2] Istana ini terletak di Jalan Maulana, Kuala Belait, Belait.[3][4] Bangunan ini telah menjadi tarikan pelancong dan tapak bersejarah pada masa kini.[5]

Nama "Istana Kota Manggalela" diambil daripada pertempuran semasa Perang Padas Damit yang berlaku di sekitar Kubu Manggalela, Beaufort, Sabah, di antara pasukan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan penduduk Kesultanan Brunei dari Disember 1888 hingga Mei 1889.[6]

Pembinaan

[sunting | sunting sumber]

Istana Kota Manggalela dibina sepenuhnya daripada konkrit dan simen.[7]

Istana Hinggap dibina pada tahun 1956 dan kemudiannya siap dua tahun kemudian.[2] Pembinaan istana tersebut dititahkan oleh Sultan Omar Ali Saifuddien III sebagai kediaman sementara setiap kali baginda melawat Daerah Belait.[2] Dari tahun 1960-an dan 70-an, istana ini berfungsi sebagai tempat persinggahan pegawai Tentera Darat British.[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Thiessen, Tamara (2008). Bradt Travel Guide - Borneo (dalam bahasa Inggeris). Bradt Travel Guides. m/s. 47. ISBN 978-1-84162-252-1. OCLC 176926357. OL 23113894M.
  2. ^ a b c Sidhu, Jatswan S. (22 Disember 2009). Historical Dictionary of Brunei Darussalam (dalam bahasa Inggeris). Scarecrow Press. m/s. 175. ISBN 978-0-8108-7078-9. LCCN 2009027950. OCLC 237880032. OL 24561645M.
  3. ^ Latiff (Haji), Adanan Haji Abdul (2011). Bangunan ristaan. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. m/s. 6. ISBN 978-99917-0-770-9. LCCN 2011361442. OCLC 795502218. OL 25354312M.
  4. ^ Awang, Mohd Jamil Al-Sufri (Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama Haji (2003). Adat istiadat Diraja Brunei. Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri. m/s. 29. ISBN 978-99917-34-20-0. LCCN 2009318977. OCLC 470363546. OL 24563037M.
  5. ^ Pg Fairol RMF (15 Februari 2018). "Usaha memberigakan akta diteruskan". Usaha memberigakan akta diteruskan. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Ogos 2021. Dicapai pada 11 Julai 2022.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  6. ^ "North Borneo Historical Figure : The Founding of British North Borneo Company". jsunamwong's Blog (dalam bahasa Inggeris). 9 Mei 2011. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  7. ^ a b Haji Awang Adanan bin Haji Abdul Latif (2008). "Istana-Istana Brunei" (PDF). Pusat Sejarah Brunei; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. m/s. 24. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 11 Julai 2022. Dicapai pada 3 Ogos 2024.CS1 maint: uses authors parameter (link)