Ekonomi
Ekonomi (daripada bahasa Yunani οίκος – "kediaman" dan νέμoμαι – "urus"[1]) ialah kawasan pengeluaran, agihan dan perdagangan, serta penggunaan barang dan perkhidmatan oleh ejen yang berbeza. Difahami dalam maksud terluasnya, 'Ekonomi ditakrifkan sebagai domain sosial yang menekankan amalan, wacana, dan ungkapan bahan dikaitkan dengan pengeluaran, penggunaan, dan pengurusan sumber'.[2] Ejen ekonomi boleh jadi individu, perniagaan, pertubuhan, atau kerajaan. Urus niaga ekonomi berlaku apabila dua kumpulan atau pihak bersetuju dengan nilai atau harga barang atau perkhidmatan yang diurus, biasanya dinyatakan dalam suatu mata wang tertentu. Walau bagaimanapun, urus niaga kewangan hanya menerangkan sebahagian kecil domain ekonomi. Aktiviti ekonomi terdorong oleh pengeluaran yang menggunakan sumber asli, pekerja dan modal. Ia berubah dari masa ke masa disebabkan oleh teknologi (automasi, pencepat proses, pengurangan fungsi kos), inovasi (keluaran baru, perkhidmatan, proses, mengembangkan pasaran, pempelbagaian pasaran, peluang pasaran, meningkatkan fungsi hasil) seperti, yang mengeluarkan harta intelek dan perubahan dalam hubungan industri (yang paling ketara Buruh kanak-kanak digantikan di beberapa bahagian di dunia dengan akses sejagat kepada pendidikan). Ekonomi tertentu ialah hasi satu set proses yang melibatkan budayanya, nilai, pendidikan, evolusi teknologi, sejarah, organisasi masyarakat, struktur politik dan sistem perundangan, serta geografinya, penganugerahan sumber asli, dan ekologi, sebagai faktor utama. Faktor-faktor ini memberi konteks, kandungan, dan menetapkan syarat dan parameter di mana suatu ekonomi berfungsi. Dalam kata lain, domain ekonomi ialah domain sosial amalan dan urus niaga manusia. Ia tidak dapat berdiri sendiri.
Ekonomi berasaskan pasaran ialah tempat barang dan perkhidmatan dikeluarkan dan ditukar berdasarkan permintaan dan penawaran antara peserta (ejen ekonomi) melalui barter atau alat pertukaran dengan nilai kredit atau debit diterima dalam rangkaian, seperti unit mata wang. Ekonomi berasaskan perintah ialah tempat ejen politik mengawal secara langsung benda yang dikeluarkan dan cara ia dijual dan diedarkan. Ekonomi hijau adalah rendah karbon, cekap sumber dan terangkum secara sosial. Dalam ekonomi hijau, pertumbuhan dalam pendapatan dan pekerjaan digerakkan oleh pelaburan awam dan swasta yang mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran, meningkatkan kecekapan tenaga dan sumber, dan mencegah kehilangan biodiversiti dan khidmat ekosistem.[3] Ekonomi sementara ialah tempat pekerjaan jangka pendek ditugaskan atau dipilih melalui platform dalam talian.[4] Ekonomi baru ialah istilah dirujuk dengan ekosistem muncul penuh di mana piawaian dan amalan baru diperkenalkan, biasanya akibat inovasi teknologi.
Penyelidikan ekonomi
[sunting | sunting sumber]Penyelidikan ekonomi dijalankan dalam bidang-bidang berbeza seperti ilmu ekonomi, sosiologi ekonomi, antropologi ekonomi, dan sejarah ekonomi.
Perbezaan Antara Mikroekonomi dan Makroekonomi
[sunting | sunting sumber]Mikroekonomi
[sunting | sunting sumber]Mikroekonomi merupakan pengajian ekonomi yang meganalisis unit-unit ekonomi secara individu seperti gelagat pengguna dan pengeluar atau suatu pasaran secara tersendiri berdasarkan kesuluruhan kegiatan ekonomi.
Fokus Pengkajian: Mikroekonomi memfokuskan pada persoalan persoalan yang khusus iaitu menglibatkan pengguna, firma dan pasaran.
Isu Utama Analisis Mikroekonomi:
- Apakah jenis barang dan berapa banyak barang itu dikeluarkan?
- Bagaimanakah barang itu harus dikeluarkan?
- Untuk siapa barang itu dikeluarkan?
Makroekonomi
[sunting | sunting sumber]Makroekonomi adalah satu bidang pengkajian ekonomi yang menyeluruh yang melibatkan pemboleh ubah ekonomi seperti pendapatan negara, guna tenaga, inflasi dan imbangan pembayaran.
Fokus Pengkajian: Makroekonomi mengkaji kegiatan dan peranan yang dimainkan oleh sektor isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara secara menyeluruh.
Skop Analisis Mikroekonomi:
- Faktor-faktor yang menentukan tingkat kegiatan ekonomi
- Masalah-masalah makroekonomi yang dihadapi negara
- Dasar-dasar kerajaan untuk mengatasi masalah makoroekonomi bagi mencapai penggunaan sumber yang efisien dalam keadaan harga yang setabil.
Sumber Ekonomi (Faktor Pengeluaran)
[sunting | sunting sumber]Sumber ekonomi merupakan segala faktor pengeluaran yang boleh digunakan dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
Sumber Ekonomi Terbahagi Kepada:
- Tanah dan Sumber Asli: Segala sumber alam semulajadi yang terdapat pada permukaan atau perut bumi yang boleh digunakan dalam pengeluarang barangan dan perkhidmatan, cth: petroleum
- Buruh: Faktor pengeluaran yang menyumbang tenaga mental dan fizikal dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Terbahagi kepada buruh mahir dan tidak mahir.
- Modal: Faktor pengeluaran ciptaan manusia seperti mesin, jentera, kilang dan peralatan yang digunakan bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran.
Pengelasan Barang
[sunting | sunting sumber]Barang Percuma
[sunting | sunting sumber]Barang percuma adalah barang yang penawarannya tidak terhad. Biasanya terdiri daripada barang semulajadi.
Barang percuma mempumya ciri tersebut:
- Tidak bersifat kekurangan
- Kos lepas adalah sifar
Barang Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Merupakan barang yang diperlukan manusia tertapi penawaran barang tersebut adalah terhad
Barang ekonomi mempunyai ciri tersebut:
- Bersifat kekurangan
- Kos lepas wujud
Barang Awam
[sunting | sunting sumber]Barang dan perhidmatan yang ditawarkan dan dapat digunakan secara kolektif oleh semua pihak.
Barang awam mempunyai ciri tersebut:
- Tidak tertakluk kepada perinsip pengecualian
- Tidak bersifat bersaing
- Lazimnya dikeluarkan kerajaan
Barang Persendirian
[sunting | sunting sumber]Barang yang hanya dapat digunakan seorang pemilik pada satu-satu masa dan faedah pengunaannya terhad kepada pemilik barangan tersebut.
Barang persendirian mempunyai ciri tersebut:
- Tertakluk kepada perinsip pengecualian
- Bersifat bersaing
- Dikeluarkan Pengeluar Swasta
Barang Modal
[sunting | sunting sumber]Barang yang digunakan pengeluar untuk mengeluarkan sesuatu barangan atau perkhidamatan lain
Barang pengeluar mempunyai ciri tersebut:
- Bentuk fizikal barang modal tidak berubah
Barang Perantaraan
[sunting | sunting sumber]Barang yang masih perlu diproses sebelum menjadi barang akhir yang dapat digunakan pengguna (input).
Barang Pengguna
[sunting | sunting sumber]Barang yang dapat digunakan terus oleh pengguna (barang akhir).
Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas
[sunting | sunting sumber]Konsep Kekurangan
[sunting | sunting sumber]Konsep kekurangan merupakan asas kepada ilmu ekonomi. Ekonomi diterbitkan bagi mangatasi masalah kekurangan sumber dalam memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
Masalah kekurang terbit apabila sumber sedia ada tidak dapat memenuhi pengeluaran barangan dan perhidmatan pada tahap yang diinginkan.
Pilihan
[sunting | sunting sumber]Masalah kekurangan menyebabkan keperluan untuk membuat pilihan bagaimana untuk mengagihkan sumber ekonomi yang terhad dan pelbagai kegunaan.
Kos Lepas
[sunting | sunting sumber]Jumlah barangan ekonomi kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan apabila membuat pilihan untuk memperoleh sejumlah barangan yang terbaik.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Etika perniagaan
- Kapitalisme
- Ekonomi ekologi
- Ekonometrik
- Keseimbangan ekonomi
- Sejarah ekonomi (termasuk senarai mengikut negara)
- Sistem ekonomi
- Kesatuan ekonomi
- Pendidikan ekonomi
- Sejarah duit
- Senarai komuniti ekonomi
- Senarai ahli ekonomi
- Senarai perjanjian perdagangan bebas
- Makroekonomi
- Mikroekonomi
- Ekonomi bukan pasaran
- Sosialisme
- Penawaran dan permintaan
- Termoekonomi
- Ekonomi dunia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rujuk:
- Kwik Khing Djoen (1923). "economie (H) economy (E)". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 87.
ilmoe jang membitjaraken prihal kekajahan, teroetama prihal wetwet jang sendirinja berlakoe atas pangeloearan barang, pemakean barang, pembagian barang dan tentang toekar-menoekar dengan perantarahannja barang.
- M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "economie (huishoudkunde)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.
Ontleend aan Latijn oeconomia ‘organisatie, huishouding’ < Grieks oikonomíā ‘id.’, samengesteld uit oĩkos ‘woning’ en een afleiding van nómos ‘regel, wet’...
CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- Kwik Khing Djoen (1923). "economie (H) economy (E)". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 87.
- ^ James, Paul; with Magee, Liam; Scerri, Andy; Steger, Manfred B. (2015). Urban Sustainability in Theory and Practice: Circles of Sustainability. London: Routledge. m/s. 53.
- ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada November 11, 2013. Dicapai pada Oktober 26, 2014.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "How governments should deal with the rise of the gig economy". The Economist (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-10-08.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Aristotle, Politics, Book I-IIX, translated by Benjamin Jowett, Classics.mit.edu
- Barnes, Peter, Capitalism 3.0, A Guide to Reclaiming the Commons, San Francisco 2006, Whatiseconomy.com
- Dill, Alexander, Reclaiming the Hidden Assets, Towards a Global Freeware Index, Global Freeware Research Paper 01-07, 2007, Whatiseconomy.com
- Fehr Ernst, Schmidt, Klaus M., The Economics Of Fairness, Reciprocity and Altruism - experimental Evidence and new Theories, 2005, Discussion PAPER 2005-20, Munich Economics, Whatiseconomy.com
- Marx, Karl, Engels, Friedrich, 1848, The Communist Manifesto, Marxists.org
- Stiglitz, Joseph E., Global public goods and global finance: does global governance ensure that the global public interest is served? In: Advancing Public Goods, Jean-Philippe Touffut, (ed.), Paris 2006, pp. 149/164, GSB.columbia.edu
- Where is the Wealth of Nations? Measuring Capital for the 21st Century. Wealth of Nations Report 2006, Ian Johnson and Francois Bourguignon, World Bank, Washington 2006, Whatiseconomy.com.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ekonomi |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Economy. |
- Friedman, Milton, Capitalism and Freedom, 1962.
- Rothbard, Murray, Man, Economy, and State: A Treatise on Economic Principles, 1962.
- Galbraith, John Kenneth, The Affluent Society, 1958.
- Mises, Ludwig von, Human Action: A Treatise on Economics, 1949.
- Keynes, John Maynard, The General Theory of Employment, Interest and Money, 1936.
- Marx, Karl, Das Kapital, 1867.
- Smith, Adam, An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations, 1776.