Pergi ke kandungan

Donburi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3258559 pada 21:44, 16 Ogos 2013 oleh Addbot (bincang | sumb.) (Bot: Migrating interwiki links, now provided by Wikidata on d:q1061842)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Katsudon
Tendon

Donburi (, donburi, don) adalah makanan Jepun yang berupa nasi putih dengan pelbagai jenis lauk di atasnya seperti ikan, daging dan sayur-sayuran berkuah yang dihidangkan di dalam mangkuk besar yang juga disebut donburi. Kuah untuk donburi bergantung pada jenis makanan, tapi secara umumnya berupa dashi dicampur kicap dan mirin.

Jenis-jenis Donburi

[sunting | sunting sumber]
  • Unadon (うな丼, 鰻丼)
Mangkuk donburi berisi nasi putih dengan lauk belut Unagi yang dimasak cara kabayaki (dipanggang hingga masak dengan disapu sos manis-masin), dinikmati dengan bahan penyedap merica shicuan.
  • Oyakodon (親子丼)
Mangkuk donburi berisi nasi putih dengan lauk potongan daging ayam, cendawan shiitake dan bawang bombay yang dimasak bersama telur ayam dan dashi. Masakan ini dinamakan "oyakodon" kerana berisi daging ayam yang merupakan "orang tua" (親子) dari telur.
Mangkuk donburi berisi nasi putih yang disiram lauk daging kerang dan daun bawang yang dimasak bersama sup miso.
  • Gyūdon (牛丼, beef bowl)
Mangkuk donburi berisi nasi putih dengan lauk berupa hirisan daging lembu dan bawang bombay yang dimasak seperti kuah dengan dashi, kicap, dan mirin.
  • Katsudon (カツ丼)
Mangkuk donburi berisi nasi putih dengan lauk tonkatsu (gorengan potongan lebar daging babi yang dibungkus tepung jagung) dan disiram sos pekat
  • Tendon (天丼)
Mangkuk donburi berisi nasi putih dengan lauk beberapa jenis tempura seperti udang, terung, labu, dan nori yang disiram dengan kuah pekat dari kicap, gula, dan dashi.
  • Karēdon (カレー丼)
Mangkuk donburi berisi nasi putih dengan lauk beberapa kari ala Jepun yang berisi daun bawang, aburage atau daging.
  • Ikuradon (いくら)
Mangkuk donburi berisi nasi putih dengan lauk telur ikan mentah yang disebut Ikura.
  • Unidon (ウニ丼)
Mangkuk donburi berisi nasi putih dengan haiwan laut yang dimakan mentah.
  • Tanindon (他人丼)
Merupakan jenis Oyakodon yang menggunakan daging, disebut tanin (他人, orang lain) kerana daging dan telur ayam tidak berkaitan.
Mangkuk donburi berisi nasi putih dengan lauk daging dan sayur-sayuran.
  • Tekkadon (鉄火丼)
Mangkuk donburi berisi nasi putih dengan lauk hirisan ikan tongkol mentah dan nori.
  • Butadon (豚丼)
Merupakan jenis Gyudon yang menggunakan daging babi.
  • Mabodon (マーボー丼)
Mangkuk donburi berisi nasi putih yang disiram dengan masakan tauhu dan daging yang disebut mápó dòufu.